Derita beruang kutub berakhir
Derita beruang kutub berakhir
sumber: sinarharian
Derita beruang kutub berakhir
SINGAPURA - Penderitaan satu-satunya beruang kutub yang pernah lahir di kawasan tropika telah berakhir.
"Kami terpaksa membuat keputusan sukar kerana keadaan kesihatannya semakin merosot. Inuka dimatikan atas dasar kemanusiaan," kata Zoo Singapura dalam satu kenyataan.
Haiwan mamalia berusia 27 tahun itu dilaporkan mengalami arthritis, masalah pergigian dan jangkitan telinga yang mana kelemahan anggota badannya juga menghalang ia untuk bergerak.
Inuka sangat popular di zoo terbabit, namun kehadirannya telah menjadi subjek kontroversi dalam kalangan aktivis haiwan dan pemuliharaan. - CNA
sumber: sinarharian
0 comments:
Post a Comment