Bomba pantau kawasan kebakaran
SHAH ALAM - Pasukan Bomba berjaya memadamkan kebakaran hutan seluas 4.4 hektar di Persiaran Mokhtar Dahari, Sunway Kayangan, petang tadi.
Kebakaran hutan disyaki berpunca daripada bahan mudah terbakar memandangkan keadaan angin yang kuat dan cuaca panas.
Ketua Cawangan Pengurusan Operasi dan Balai Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Selangor, Alimaddia Bukri berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada orang awam pada jam 3.31 petang sebelum sepasukan anggota bergegas ke tempat kejadian.
âApi berjaya dipadamkan sepenuhnya pada jam 6.30 petang dan kebakaran tersebut tidak melibatkan mangsa.
âBagaimanapun, kita masih memantau kawasan tersebut kerana bimbang kebakaran akan berulang,â katanya kepada Sinar Harian.
Menurutnya, 29 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Anggerik, BBP Shah Alam, BBP Sungai Buloh dan BBP Sungai Pinang membantu mengawal kebakaran bukit itu.
sumber: sinarharian
0 comments:
Post a Comment