'Negara bankrap jika manifesto Pakatan Harapan dilaksana'

Monday, April 2, 2018

'Negara bankrap jika manifesto Pakatan Harapan dilaksana'

'Negara bankrap jika manifesto Pakatan Harapan dilaksana'

SEREMBAN - "Negara akan jatuh bankrap sekiranya manifesto Pakatan Harapan (Harapan) dilaksanakan kerana ia akan menambah hutang negara," kata Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hasan.

Beliau berkata antara janji Harapan ialah memansuhkan tol, menghapuskan sistem percukaian sedia ada dan kembalikan subsidi minyak. Untuk itu negara terpaksa meminjam RM400 bilion.

"Di mana mereka (pembangkang) hendak mencari sumber kewangan untuk menanggung janji-janji mereka dan ini akan menyebabkan negara berhutang dan sekiranya terjadi, dalam tempoh dua tahun negara akan bankrap.

"Janganlah kita menerima janji yang macam-macam, kerana di mana mereka hendak mendapatkan duit selepas mansuhkan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) RM42 bilion, kembali subsidi minyak RM27 bilion dan hapuskan tol sebanyak RM300 bilion," katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan Majlis Pelancaran Strategi Lautan Biru Kebangsaaan (NBOS) My New School dan perasmian Makmal ICT (information and communication technology) Sekolah Kebangsaan Dato Klana Putra di sini, hari ini.

Turut  hadir, Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk Chong Sin Woon dan Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kemudahan Awam, Alam Sekitar, Koperasi dan Kepenggunaan Negeri, Datuk Abu Ubaidah Redza.

Mohamad turut meminta pengundi di kawasan Lenggeng untuk sekali lagi memberikan mandat kepada BN pada pilihan raya akan datang agar segala dasar dan perancangan jangka panjang akan dapat dilaksanakan demi kesejahteraan rakyat.- Bernama

#prusinar #aparakyatmahu



sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment