Adun Paya Jaras buat pengumuman khas malam esok

Saturday, April 7, 2018

Adun Paya Jaras buat pengumuman khas malam esok

Adun Paya Jaras buat pengumuman khas malam esok

PETALING JAYA - Adun Paya Jaras, Mohd Khairuddin Othman memaklumkan beliau akan membuat satu pengumuman khas kepada rakyat di Paya Jaras pada Ceramah Perdana Pakatan Harapan (Harapan) di Tapak Pasar Malam Paya Jaras Tengah, malam esok.

Adun dari Pas itu membuat jemputan dan memaklumkan perkara itu kepada media hari ini.

"Dengan Izin ALLAH, saya akan membuat satu pengumuman khas kepada rakyat Paya Jaras dan Selangor sempena ceramah perdana itu bersama Menteri Besar," katanya.

Terdapat beberapa sumber mendakwa bahawa beliau diramalkan bakal menyertai PKR dan meninggalkan Pas.

Mengulas mengenai perkara itu, Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menyeru orang ramai khususnya masyarakat di Dun Paya Jaras agar bersabar dan mendengar sendiri pengumuman yang dibuat Khairuddin itu nanti.

"Tunggu pengumuman khas itu malam esok di Paya Jaras,รข€ katanya ringkas selepas hadir ke Mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR di Ibu Pejabat parti itu di sini, hari ini.



sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment