600 anak muda sertai Rompin Cybergames

Saturday, April 7, 2018

600 anak muda sertai Rompin Cybergames

600 anak muda sertai Rompin Cybergames

KUALA ROMPIN - Seramai 600 remaja dan anak muda menyahut cabaran Rompin Cybergames yang julung kali diadakan di daerah ini.

Program anjuran Kelab Anak Perantauan Rompin Pahang (Kelar) dengan kerjasama Majlis Belia Daerah (MBD) Rompin dan Kitamen itu menawarkan hadiah keseluruhan berjumlah RM6,000.

Presidennya, Mohd Herman Awang berkata, jumlah peserta yang menyahut cabaran itu adalah di luar jangkaan.

Menurutnya, ia menunjukkan bahawa permainan cyber sememangnya mendapat tempat di kalangan golongan muda masa kini.

Kelar menyahut usaha kerajaan ini di samping mendekati golongan remaja dan anak muda.

“Apa yang kami anjurkan ini adalah sejajar dengan usaha kerajaan menjadikan permainan cyber sebagai industri baharu.

“Justeru itu Kelar tidak mahu ketinggalan dan turut bersama dalam merealisasikannya,” katanya ketika ditemui di Dewan Lama Majlis Daerah Rompin (MDR), di sini, hari ini.

Kelar memilih tiga permainan cyber yang popular sebagai cabaran kepada para peserta iaitu Mobile Legend, Fifa 2018 dan Tekken 7.

Hadir merasmikan majlis, Pemangku Ketua Umno Bahagian Rompin, Datuk Seri Hasan Arifin yang turut dihadiri Ketua Pemuda Umno Bahagian Rompin, Datuk Seri Mohd Johari Hussain.

Mohd Herman berkata, berdasarkan sambutan yang baik itu Kelar turut menyasarkan untuk menganjurkan lagi pada masa akan datang.



sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment