17 muka baharu di Pahang

KUANTAN: Barisan Nasional (BN) Pahang menampilkan seramai 17 muka baharu dan mengekalkan 39 penyandang kerusi Parlimen serta Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, akan mempertahankan kerusi Parlimen Pekan untuk penggal kesepuluh.
Senarai calon itu diumumkan oleh Pengerusi BN Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob di sini, hari ini.
Adnan pula akan mempertahankan kerusi DUN Pelangai bagi penggal kelapan.
Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai, kekal di Parlimen Bentong, sekali gus bakal berdepan dengan seteru lamanya, Wong Tack daripada DAP serta calon PAS, N Balasubramanian.
BN Pahang turut memecah tradisi apabila buat pertama kali mencalonkan individu sama bertanding di kerusi DUN dan Parlimen iaitu Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsuddin di Parlimen Temerloh dan DUN Lanchang yang disandangnya ketika ini.
Ahli MT UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang juga Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah kekal di Parlimen Bera, manakala Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Ismail Abd Muttalib juga kekal di Parlimen Maran.
Muka baharu yang ditampilkan BN Pahang bagi tiga kawasan Parlimen adalah Ketua Pemuda UMNO Pahang, Mohd Shahar Abdullah (Paya Besar), Datuk Johan Mat Sah (Indera Mahkota) dan Datuk Andrew Wong Kean Hwee (Kuantan).
Bagi 14 kerusi DUN yang menampilkan calon muka baharu ialah Datuk Suhaimi Sulong (Beserah), Ikhwan Hafiz Jamaluddin (Bukit Ibam), Ir Razali Kassim (Muadzam Shah), Datuk Nazri Ngah (Pulau Tawar), Abdul Rahim Muda (Lepar) dan Datuk Azmi Mat Ludin (Kuala Semantan).
Quek Tai Seong (Semambu, Tee Choon Ser (Teruntum), Leong Tak Man (Tanah Rata), Lee Ah Wong (Cheka), Ng Leap Pong (Tras), Datuk Natalie Lim Chong Ly (Damak), Datuk Wong Tat Chee (Mentakab), Jason Poo Mun Hoong (Bilut) dan Ketua Wanita Bahagian Rompin, Datin Shamsiah Arshad.
Penyandang yang digugurkan adalah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Muadzam Shah selama lima penggal, Datuk Seri Maznah Mazlan; penyandang empat penggal DUN Pulau Tawar, Datuk Dr Ahmad Shukri Ismail; penyandang lima penggal DUN Damak, Datuk Lau Lee dan ADUN Bukit Ibam, Datuk Wan Kadri Wan Mahusain.
Sementara itu, Adnan berkata pemilihan calon melalui proses yang teliti bagi memastikan hanya yang benar-benar layak dipilih untuk memastikan kemenangan BN.
"Mereka yang tidak terpilih diminta tidak beremosi kerana tidak semua ketua bahagian secara automatik menjadi calon kerana keutamaan kita untuk meletakkan calon boleh menang," katanya.
Mengenai keputusan meletakkan Mohd Sharkar yang juga Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pahang di Parlimen Temerloh, Adnan berkata ia kerana pucuk pimpinan parti mahu kerusi itu yang terlepas kepada pembangkang pada PRU-13, dirampas kali ini.
Berikut senarai penuh calon BN di 14 Parlimen dan 42 DUN di Pahang.
P078 CAMERON HIGHLANDS
Datuk C Sivarraajh
N01 TANAH RATA
Leong Tack Man (muka baharu)
N02 JELAI
Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail
P079 LIPIS
Datuk Abdul Rahman Mohamad
N03 PADANG TENGKU
Datuk Mustapa Long
N04 CHEKA
Lee Ah Wong (muka baharu)
N05 BENTA
Datuk Seri Mohd Soffi Abd Razak
P80 RAUB
Datin Paduka Chew Mei Fun
N06 BATU TALAM
Datuk Abd Aziz Mat Kiram
N07 TRAS
Eng Leck Pong (muka baharu)
N08 DONG
Datuk Seri Shahiruddin Ab Moin
P81 JERANTUT
Datuk Ahmad Nazlan Idris
N09 TAHAN
Datuk Seri Wan Amizan Wan Abdul Razak
N10 DAMAK
Datuk Natalie Lim Chong Ly (muka baharu)
N11 PULAU TAWAR
Nadzri Ngah (muka baharu)
P82 INDERA MAHKOTA
Datuk Johan Mat Shah (muka baharu)
N12 BESERAH
Datuk Suhaimi Sulong (muka baharu)
N13 SEMAMBU
Quek Tai Seong (muka baharu)
P083 KUANTAN
Datuk Andrew Wong Kean Hwee (muka baharu)
N14 TERUNTUM
Tee Choon Ser (muka baharu)
N15 TANJUNG LUMPUR
Tengku Datuk Seri Zulkifly Tengku Ahmad
N16 INDERAPURA
Datuk Seri Shafik Fauzan Sharif
P084 PAYA BESAR
Mohd Shahar Abdullah (muka baharu)
N17 SUNGAI LEMBING
Datuk Md Sohaimi Mohamed Shah
N18 LEPAR
Abd Rahim Muda (muka baharu)
N19 PANCHING
Datuk Mohd Zaili Besar
P085 PEKAN
Datuk Seri Najib Razak
N20 PULAU MANIS
Datuk Khairuddin Mahmud
N21 PERAMU JAYA
Datuk Seri Sh Mohmed Puzi Sh Ali
N22 BEBAR
Datuk Mohammad Fakhruddin Mohd Ariff
N23 CHINI
Datuk Seri Abu Bakar Harun
P086 MARAN
Datuk Seri Dr Ismail Abd Muttalib
N24 LUIT
Nurhidayah Mohamad Shahaimi
N25 KUALA SENTUL
Datuk Seri Shahaniza Shamsuddin
N26 CHENOR
Datuk Mohamed Arifin Awang Ismail
P087 KUALA KRAU
Datuk Seri Ismail Mohamed Said
N27 JENDERAK
Datuk Mohamed Jaafar
N28 KERDAU
Datuk Seri Syed Ibrahim Syed Ahmad
N29 JENGKA
Datuk Wan Salman Ismail
P088 TEMERLOH
Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsuddin
N30 MENTAKAB
Datuk Wong Tat Chee (muka baharu)
N31 LANCHANG
Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsudin
N32 KUALA SEMANTAN
Datuk Azmi Mat Ludin (muka baharu)
P089 BENTONG
Datuk Seri Liow Tiong Lai
N.33 BILUT
Jason Poo Mun Hoong (muka baharu)
N.34 KETARI
Datuk Lau Hoi Keong
N.35 SABAI
Datuk R Goonasakaren
N.36 PELANGAI
Datuk Seri Adnan Yaakob
P.90 BERA
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob
N.37 GUAI
Datuk Seri Norol Azali Sulaiman
N.38 TRIANG
Tan Tin Loon
N.39 KEMAYAN
Datuk Mohd Fadil Osman
P.091 ROMPIN
Datuk Hasan Arifin
N.40 BUKIT IBAM
Datin Shamsiah Arshad (muka baharu)
N.41 MUADZAM SHAH
Razali Kassim (muka baharu)
N.42 TIOMAN
Datuk Seri Mohd Johari Hussain
tamat
sumber: bharian
0 comments:
Post a Comment