UPSI lancar projek baharu Khamis ini
KUALA LUMPUR - Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) akan melancarkan Projek Fasa 2 Fakulti Teknikal dan Vokasional kampus Teluk Intan, Perak pada Khamis ini.
Dalam kenyataannya di sini, UPSI berkata projek yang akan dibina di atas kawasan seluas 32 hektar itu bertujuan menyediakan kemudahan pengajaran dan pembelajaran pelajar serta bakal pensyarah dalam bidang tersebut.
Projek yang dijadualkan siap pada akhir 2019 itu mampu menampung sekurang-kurangnya 1,000 bakal pensyarah dalam bidang teknikal dan vokasional, demikian menurut kenyataan itu.
Pelancaran projek bernilai RM177.4 juta meliputi ruang pentadbiran dan sokongan, bilik kuliah, bengkel, kompleks kediaman, rumah pengetua dan felo, surau, dewan serba guna, kafeteria, dan kemudahan beriadah itu dijangka dirasmikan oleh Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Idris Jusoh. - Bernama
sumber: sinarharian
0 comments:
Post a Comment