Lelaki terselamat kereta terbakar

Friday, December 29, 2017

Lelaki terselamat kereta terbakar

Lelaki terselamat kereta terbakar

SEREMBAN: Seorang lelaki terselamat selepas kereta dipandunya terbakar di Kilometer 277 Lebuh Raya Utara Selatan arah utara, berhampiran Hentian Rehat dan Rawat Seremban, di sini, malam tadi.

Kejadian kira-kira jam 9 malam itu berlaku ketika Mohd Shafiq Latif, 31, dari Tangkak, Johor, ternampak asap tebal keluar dari ruang pendingin hawa, lalu menghentikan kenderaan dan menghubungi bomba sebaik saja ternampak percikan api.

Ketua Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Seremban 2, Md Munawir Md Yusoff, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 9.26 malam dan bergegas dengan dua jentera dan 10 anggota.

Katanya, sebaik tiba 16 minit kemudian, pihaknya mendapati api sedang marak membakar kereta yang berada di lorong kecemasan.

"Bomba mengambil masa kira-kira 15 minit untuk memadamkan kebakaran dengan menggunakan buih. Kereta itu terbakar 90 peratus, manakala pemandunya tidak cedera," katanya di sini, hari ini.

Md Munawir berkata, pihaknya masih menjalankan siasatan lanjut bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian.



sumber: bharian

0 comments:

Post a Comment