Dia bukan Islam, tapi dia buat sedekah di surau kami
TERHARU dan pastinya sebak bila ada orang bukan Islam yang memberi sedekah dalam projek Gerubok Rezeki Surau Al-Qudwah, Prima Damansara.
Individu yang tidak mahu dikenali itu telah menyumbangkan wang tunai untuk pembelian makanan.
Tiada istilah Islamophobia atau sebarang isu dalam lelaki ini menghulur bantuan.
Memetik Facebook Syahril A Kadir, rata-rata netizen memuji tindakan individu berkenaan.
âDia bukan beragama Islam, Tetapi dia tahu projek Gerubok Rezeki yang kami buat di Surau Al-Qudwah kami adalah untuk mafaat semua, termasuk yang bukan beragama Islam.
âNampak tak? Bila kita ikhlas nak membantu atas nama Tuhan, Dia akan buka pintu hati sesiapa saja yang Dia suka,â kata Syahril.
Berdasarkan gambar yang tertera di laman itu, individu terbabit telah menyumbangkan RM250 melalui transaksi akaun.
âGood day bro, transfered RM250, hope it would be helpful. I would remain anonymous but for your records you can note is as contribution on my daughterâs name.
âThanks and keep up the good work,â kata individu itu.
sumber: sinarharian
0 comments:
Post a Comment