Tak kompromi pegawai, anggota polis terlibat jenayah
BAGAN DATUK - Kementerian Dalam Negeri tidak berkompromi apatah lagi melindungi mana-mana pegawai polis atau anggotanya yang terlibat jenayah.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, pihaknya minta kementerian beri perhatian serius kepada amalan integriti selain menunjukkan komited kerajaan dalam isu ini.
âKementerian tidak akan pilih bulu serta bertolak ansur dengan sebarang kejadian jenayah yang dilakukan oleh mana-mana pihak sama ada penguatkuasa, pegawai polis mahupun anggotanya.
âKita juga tidak akan berkompromi dengan golongan ini dan tindakan pasti akan diambil kerana soal keselamatan adalah keutamaan kementerian,â katanya pada sidang media selepas Program Kembali Ke Sekolah anjuran Pusat Perkhidmatan Ahli Parlimen Bagan Datuk dan Pejabat Pendidikan Daerah Bagan Datuk di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Chong San, Sungai Burung, semalam.
Beliau berkata demikian ketika mengulas penahanan seorang pegawai kanan dan dua anggota polis selepas dipercayai terlibat dalam kegiatan samun tanpa senjata membabitkan wang tunai RM12,300 di sebuah rumah di Kampung Rapat, Ipoh, Rabu lepas.
Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri berkata, bukan hanya soal jenayah diberikan perhatian, malah kementerian turut memandang serius penglibatan anggota keselamatan dalam isu seperti ini terutamanya melibatkan soal keselamatan negara.
âApatah lagi jika ia dilakukan oleh pegawai dan anggota keselamatan sudah pasti tindakan akan diambil,â katanya.
Beliau berkata ketiga-tiga anggota polis itu kini di reman bersama seorang lagi orang awam yang terlibat dalam kegiatan sama.
sumber: sinarharian
0 comments:
Post a Comment