535 terima cermin mata baru

Friday, December 29, 2017

535 terima cermin mata baru



SERAMAI 535 penduduk yang mengalami masalah penglihatan di Kuala Krai menerima sumbangan cermin mata daripada UMNO Bahagian Kuala Krai.

Ketuanya, Datuk Ramzi Ab Rahman berkata, bantuan khas itu adalah untuk memberi kemudahan kepada mereka yang kurang berkemampuan membaca buku dan al-Quran.

Katanya, sumbangan dianggarkan bernilai kira-kira RM127,000 diberikan kepada semua penerima tanpa mengira parti politik.

"Insya-Allah, sumbangan sebegini akan diadakan lagi kerana kita sedar masih terlalu ramai yang memerlukan terutama golongan warga emas.

"Diharap ia bermanfaat dan digunakan untuk mengaji al-Quran sebagai bekalan di akhirat kelak", katanya ketika ditemui di majlis penyerahan cermin mata anjuran bersama Persatuan Bekas-Bekas Polis Malaysia Cawangan Kuala Krai, hari ini.

Seorang penerima, Siti Rokiah Hussin, 59, berkata, dia sudah lama menggunakan cermin mata untuk membaca, namun perlu digantikan baru kerana kadar penglihatannya sudah kurang.

"Mujur ada program ini dan saya dapat cermin mata baru bagi memudahkan saya membaca al-Quran,” katanya.



sumber: hmetro

0 comments:

Post a Comment