Pope sebut 'Rohingya' untuk kali pertama

Saturday, December 2, 2017

Pope sebut 'Rohingya' untuk kali pertama

Pope sebut 'Rohingya' untuk kali pertama

DHAKA - BANGLADESH. Pemimpin roman Katolik, Pope Francis menyebut perkataan 'Rohingya' dalam satu ucapan beliau di Dhaka, Bangladesh semalam.

"Etnik Rohingya juga adalah salahs atu kejadian Tuhan," kata Pope kepada pendengar yang terdiri daripada pelbagai agama.

Menurut laporan CNN, Pope Francis berjumpa dengan sekumpulan pelarian Rohingya seorang demi seorang, mendoakan mereka dan mendengar kisah mereka.

"Tragedi (yang dialami) anda sangat, sangat payah. Kami ingat anda dalam hati kami. Atas nama kemanusian, mereka yang menghukum anda, mencerikan anda kerana perbezaan (agama), saya minta keampunan anda. Maafkan kami.

"Ramai yang memperkataan kebaikan Bangladesh menerima pelarian. Sekara saya merayu supaya kami diberi keampunan dari anda," kata Pope Francis kepada kumpulan pelarian.

Pope Francis sebelum ini 'gagal' menggunakan perkataan 'Rohingya' dalam ucapannya ketika melawat Myanmar minggu lepas.

Terdapat laporan mengatakan pihak gereja mendakwa istilah tersebut 'akan menimbulkan masalah' jika ia digunakan dalam ucapan Pope.

[ARTIKEL BERKAITAN: Pope elak guna perkataan Rohingya]

Artikel berkaitan yang patut anda baca :


sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment