'Tolong doakan Nur Aina sembuh'

Saturday, July 28, 2018

'Tolong doakan Nur Aina sembuh'

'Tolong doakan Nur Aina sembuh'

KULIM - Bayi perempuan berusia tiga bulan yang menderita kanser kelopak mata tahap tiga kini memerlukan doa orang ramai supaya cepat sembuh dari penyakitnya.

Nur Aina Maisarah Mohd Faizal seorang bayi comel dan aktif ini disahkan menghidap kanser kelopak mata itu ketika usianya mencecah satu bulan.

Menurut ibunya, Norma Isa,37 anaknya itu tidak menunjukkan sebarang perubahan fizikal namun benjolan kecil yang secara tiba-tiba muncul di kelopak mata kiri membimbangkannya.

"Dia minum susu dan aktif seperti bayi normal, tapi bila usia dia cecah tiga bulan saya hairan ada benjolan di kelopak mata.

"Sebab bimbang saya pergi ke klinik untuk dapatkan rawatan, namun pihak klinik telah memberi surat untuk dirujuk kepada Hospital Kulim.

"Selepas buat pemeriksaan, pihak hospital pada mulanya menganggap hanya terdapat jangkitan kuman sahaja di kelopak mata,"katanya ketika ditemui di kediamannya di Taman Serai Wangi, di sini.

Bagaimanapun, Norma berkata keadaan anaknya semakin membimbangkan apabila ketulan isi mata mula keluar daripada kelopak.

"Selepas dua hari balik dari hospital keadaan mata anak makin pelik.

Saya kembali semula ke hospital untuk membuat pemeriksaan.

"Empat hari juga anak ditahan di wad dan dibuat imbasan CT dan doktor sahkan pembuluh darah kelopak mata pecah,"katanya.

Norma berkata, selepas empat hari di wad, Nur Aini dibenarkan pulang namun selepas tiga hari keadaan matanya menjadi semakin besar.

"Duduk rumah tiga hari nampak mata anak makin besar, saya pergi semula buat pemeriksaan susulan, barulah Nur Aina dipindahkan ke Hospital Sultanah Bahiyah pada 12 Jun lalu,"katanya.

Norma berkata ketika di Alor Setar, semua persoalan terungkap apabila doktor sahkan anaknya menghidap kanser kelopak mata dan memerlukan rawatan kimoterapi untuk matikan sel tersebut.

"Ketika itu ALLAH saja yang tahu perasaan kami. Hampir seminggu di sana Nur Aina telah dipindahkan ke hospital di Pulau Pinang sehingga ketumbuhan di mata menjadi sebesar telur ayam.

 "Di sana Nur Aini telah menerima rawatan kimoterapi sebanyak dua kali, yang pertama pada 25 Jun dan kali kedua pada 17 Julai lalu,"katanya.

Sementara itu, suaminya Mohd Faizal Haidzir,38, yang juga merupakan anggota bomba, berkata, harapan mereka masih menggunung untuk melihat anak bongsu keluarganya kembali sihat dan hidup seperti bayi lain.

"Doktor ada beritahu sel kanser anak semakin kecut keadaan anak semakin bertambah baik. Apa yang kami mahukan doa daripada orang ramai supaya anak saya cepat pulih.

"Kami tidak akan berputus asa untuk mencari apa jua rawatan supaya penyakit Nur Aina dapat disembuhkan,"katanya.

Orang ramai yang ingin menghulurkan sumbangan boleh berbuat demikian melalui akaun Bank Simpanan Nasional 071104000004229 (Mohd Faizal Haidzir).
 



sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment