Banjir Kelantan lebih baik malam ini

Saturday, December 2, 2017

Banjir Kelantan lebih baik malam ini

Banjir Kelantan lebih baik malam ini

KOTA BHARU: Bilangan mangsa banjir di Kelantan terus berkurangan kepada 10,893 orang daripada 4,263 keluarga, setakat jam 8.30 malam ini, berbanding 11,747 orang, petang tadi.

Bilangan pusat pemindahan sementara (PPS) juga semakin berkurang kepada 44 berbanding 53 pusat, petang tadi di lima daerah iaitu Kota Bharu, Pasir Puteh, Tanah Merah, Pasir Mas dan Tumpat.

Berdasarkan portal eBanjir Kelantan, dua PPS yang menempatkan 77 mangsa daripada 18 keluarga di Gua Musang sudah ditutup malam ini.

Pasir Mas yang mencatat mangsa banjir paling ramai menunjukkan pengurangan kepada 7,035 mangsa daripada 2,916 keluarga dipindah di 31 PPS berbanding 7,063 orang petang tadi.

Tanah Merah juga menunjukkan pengurangan kepada 29 mangsa daripada lapan keluarga di sebuah PPS, Balai Raya Kampung Padang Kijang, Bukit Panau berbanding 56 orang, petang tadi.

Dua lagi iaitu Kota Bharu dan Pasir Puteh turut mengalami perubahan sama, masing-masing 100 mangsa daripada 27 keluarga di dua PPS dan 121 orang daripada 30 keluarga di tiga pusat pemindahan.

Bagaimanapun, Tumpat menyaksikan peningkatan sedikit kepada 3,608 mangsa banjir membabitkan 1,282 keluarga ditempatkan di lapan PPS berbanding 3,604 orang petang tadi.

Sementara itu, dua Sungai Golok di Rantau Panjang dan Kuala Jambu masih di paras bahaya yang masing-masing di paras 10.37 meter dan 3.50 meter.

Empat sungai iaitu Sungai Galas di Dabong, Sungai Kelantan di Kuala Krai dan di Kusial serta Sungai Golok di Jenob berada di paras berjaga-jaga.



sumber: bharian

0 comments:

Post a Comment