Pengkhianat PPBM adalah 'sampah' - Tun Mahathir

Friday, December 29, 2017

Pengkhianat PPBM adalah 'sampah' - Tun Mahathir


SHAH ALAM: Bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) memerlukan perpaduan yang erat serta ketepikan perbezaan pendapat antara ahli.

Pengerusi PPBM Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, ini kerana walau siapa pun yang menjadi pimpinan, pasti ada pihak yang tidak akan berpuas hati dengan keputusan yang dibuat.

"Ingatlah, tidak ada seorang pun diantara kita yang 100 peratus disukai oleh ahli dan pimpinan parti.
"Pilihlah dan tukarlah siapa pun, akan ada ramai yang tidak puas hati dengan tindakan yang diambil. Perpecahan tetap akan berlaku," kata Dr Mahathir dalam ucapan dasarnya di Perhimpunan Agung PPBM di Shah Alam hari ini.

Tambahnya, tiada tempat bagi golongan sebegitu dalam PPBM.

"Saya kata mereka ini adalah 'sampah'. Saya tidak minta maaf.

"Mereka lebih buruk dari musuh kita. Mereka mengkhianati perjuangan suci kita," kata Dr Mahathir.





sumber: astroawani

0 comments:

Post a Comment