PRK PD: SPR bidas dakwaan Pas

Friday, October 12, 2018

PRK PD: SPR bidas dakwaan Pas

PRK PD: SPR bidas dakwaan Pas

PORT DICKSON - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menempelak pihak yang terus mempertikai kelayakan Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding dalam PRK Port Dickson.

Pengerusi SPR, Azhar Harun, berkata pihaknya sudah mengulas hal ini berulang kali dan siasatan tentang dakwaan itu perlu mengambil masa yang agak panjang.

"Ada kertas pencalonan daripada Anwar dan ada pengampunan dan kami terima ia sebagai pengampunan. Kalau kamu tidak puas hati pergi mahkamah, saya biarkan mahkamah menentukannya dan itu fungsi kami.

"Mereka ini perlu faham bahawa tempoh pencalonan cuma sejam sahaja, kalau kita perlu menyiasat kebelakang ia perlukan masa dua atau tiga bulan. Perlu pergi mahkamah dahulu dan tanya hakim," katanya selepas membuat tinjauan perjalanan kempen di Sekolah Kebangsaan Port Dickson, hari ini.

[ARTIKEL BERKAITAN: Anwar tidak layak bertanding]

Azhar berkata demikian bagi mengulas kenyataan Pas melalui Setiausaha Agungnya, Datuk Takiyuddin Hassan yang mempertikai kelayakan Anwar bertanding atas alasan tidak mendapat pengampunan bebas daripada Yang di-Pertuan Agong.

"Kawan baik saya Takiyuddin adalah seorang peguam, dia sepatutnya tahu tafsiran undang-undang dalam perkara ini," katanya.

Mahkamah Persekutuan Kuala Lumpur sebelum ini digesa menyegerakan saman pemula seorang pengundi berdaftar Port Dickson yang mengemukakan tindakan undang-undang bagi memohon perisytiharan Anwar  tidak layak bertanding untuk mana-mana kerusi Parlimen.

28 September lepas, Noraziah Mohd Sharif, 38, mengemukakan tindakan undang-undang bagi memohon perisytiharan Anwar tidak layak bertanding untuk mana-mana kerusi Parlimen.

Saman pemula itu difailkan melalui firma guaman Tetuan Raja Riza & Associates, dengan menamakan Anwar dan Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan sebagai responden pertama dan kedua.



sumber:
sumber: sinarharian

4 comments: