72,000 murid tahun satu 2018 terima kelengkapan sekolah
JELI- Kira- kira 72,000 murid kurang berkemampuan di seluruh negara tersenyum gembira apabila bakal menerima kelengkapan persekolahan sempena program Happy to School anjuran Biro Keahlian dan Daftar Pemilih dengan kerjasama Kelab Putera 1Malaysia (KP1M).
Timbalan Presiden KP1M, Datuk Mohd Farid Hassan berkata, kesemua penerima terdiri daripada murid Tahun Satu 2018 yang dipilih tanpa mengira belakang, agama dan fahaman politik.
"Kita sasarkan sekurang- kuranganya 1, 000 murid bagi setiap parlimen dengan harapan akan meringankan beban mereka.
"Bantuan ini mula diagihkan semalam dan dijangka selesai pertengahan Januari," katanya kepada media selepas menyampaikan bantuan berkenaan di sini, hari ini.
Hadir sama, Ketua Penerangan KP1M, Datuk Dr Fathul Bari Mat Jahya, dan Setiausaha Politik Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Dr Mohd Nasir Mohd Nor.
Mohd Farid berkata, pihaknya mendapat kerjasama daripada pihak sekolah dalam menentukan murid yang layak.
Sementara itu, seorang ibu, Zubaidah Zainal Abidin, 32, mengakui bantuan kelengkapan persekolahan untuk anak keduanya, Muhammad Hakim Azhar, 7 sangat dinantikan.
"Memang lega bila anak layak terima bantuan ini. Maklumlah dalam keadaan cuaca hujan, pendapatan juga tak menentu, tak dapat nak keluar menoreh" katanya.
Menurutnya, apa yang ada hanya untuk perbelanjaan makan dan minum sepanjang tengkujuh ini.
Seorang lagi ibu, Rosmaniza Mohd Zain, 32 turut mengakui bantuan kelengkapan persekolahan berkenaan sangat dihargai dan tepat pada masanya.
Manakala, seorang bapa yang juga masyarakat Orang Asli, Sukri Daun berkata, perbelanjaan persekolahan untuk tiga daripada tujuh anaknya dapat dikurangkan dengan adanya bantuan berkenaan.
"Terima kasih kepada Tok Pa (Ahli Parlimen Jeli, Datuk Mustapa Mohamed). Dapat bantu ringankan beban kami sekeluarga, " katanya.
sumber: sinarharian
0 comments:
Post a Comment