Usia Chong Wei bukan masalah

Friday, December 1, 2017

Usia Chong Wei bukan masalah

Usia Chong Wei bukan masalah

“KITA jangan risau pasal (usia) (Datuk Lee) Chong Wei, tapi kita kena risau dengan prestasi pemain lain.

“Pemain muda negara pun masih belum tentu boleh beri kejayaan."

Itu reaksi bekas pemain perseorangan negara, Roslin Hashim ketika ditanya mengenai faktor usia pemain nombor satu negara itu menjelang kempen Kelayakan Piala Thomas di Alor Setar, Februari depan.

Menurutnya, beliau percaya Chong Wei yang mengetuai cabaran negara tidak akan diturunkan dalam semua perlawanan itu nanti.

“BAM tentu ada taktikal mereka untuk menggerunkan lawan dengan kehadiran Chong Wei

“Kehadiran Chong Wei penting sebenarnya untuk barakan semangat juang pemain muda negara,” katanya.

Sementara itu Roslin tidak menganggap satu kesalahan jika Persatuan Badminton Malaysia (BAM) masih mahu menggunakan kudrat Datuk Lee Chong Wei pada kelayakan Piala Thomas yang bermula pada Februari depan di Alor Setar, Kedah.

Ini kerana Roslin akui, kehadiran pemain berusia 35 tahun itu masih diperlukan bagi membimbing barisan muda negara yang majoritinya cetek pengalaman.

“BAM mungkin tidak percaya dengan kudrat pemain muda pada masa sama mereka juga tak nak skrip sama berulang seperti tahun lalu.

“Lagipun memang kita kena akui hanya Chong Wei harapan Malaysia yang ada ketika ini, nak atau tak BAM perlu senaraikan dia untuk membantu Malaysia layak ke pusingan akhir Piala Thomas secara automatik yang dijadualkan berlangsung pada 20 hingga 27 Mei 2018 di Bangkok, Thailand,” katanya kepada Sinar Harian.

Pada saingan kelayakan acara berpasukan itu tahun lalu, Malaysia mengambil keputusan untuk menghantar barisan pemain muda dan akibatnya mereka tidak dapat berada di kedudukan empat terbaik yang menjamin tempat layak secara automatik ke pusingan akhir Piala Thomas.

Skuad negara bagaimanapun layak berdasarkan kepada jumlah mata ranking dunia dan kemudian melangkah ke separuh akhir Piala Thomas di Kunshan, China sebelum tewas 2-3 kepada Denmark.

Dalam laporan media kelmarin, Presiden BAM, Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria mengesahkan Chong Wei akan mengetuai barisan pemain negara pada kejohanan tersebut.

Katanya, walaupun Chong Wei menyatakan mahu berehat selama tiga bulan selepas menghadapi Final Siri Super Dunia Persekutuan Badminton Dunia (BWF) di Dubai bulan ini, namun dia dijangka akan kembali lebih awal untuk membantu Malaysia layak secara merit ke pusingan akhir Piala Thomas di Bangkok.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :


sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment