Lemas akibat tergelincir ketika menjala ikan
NILAI - Seorang lelaki ditemui lemas selepas tergelincir ketika menjala ikan bersama rakannya di kawasan kolam terbiar di Kampung Masjid, Lenggeng di sini, petang tadi.
Mayat mangsa Ghazlan Johari, 24, yang berpakaian lengkap ditemui kira-kira jam 4.45 petang oleh sepasukan anggota bomba diketuai oleh Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Mantin, Mohd Hidayat Basly.
Ketua Polis Daerah Nilai, Superitendan Zaldino Zaludin berkata, mangsa yang tinggal di Rumah Rakyat Lenggeng telah pergi ke kolam terbabit bersama dua rakan jam 2 petang untuk menjala ikan.
"Namun mangsa cuba masuk ke dalam kolam terbabit selepas mendapati jala ikannya tersangkut.
"Ketika itulah mangsa dipercayai lemas apabila rakannya menyedari yang dia tidak lagi timbul lalu menghubungi polis," katanya.
Sementara itu Mohd Hidayat berkata, satu jentera beserta enam pegawai dan anggota dikerah ke lokasi dan sampai 15 minit kemudian.
"Pencarian dilakukan dengan tiga anggota memasuki lombong pasir dan mencari menggunakan peralatan 'grippling iron'.
"Mangsa lemas kerana dikatakan tidak pandai berenang dan mayatnya diserah kepada polis untuk tindakan lanjut," katanya.
sumber: sinarharian
0 comments:
Post a Comment