Upiak memang suka berkain sarung
NAMA Upiak tiba-tiba menjadi popular di negara kita. Rupa-rupanya dialah penyanyi lagu Tak Tun Tuang yang menjadi tular sehingga ke Thailand itu.
Dengan imej berkain sarung dan berperangai gila-gila, kelibat Upiak atau nama sebenarnya Silvia Nanda, 32, cepat mencuri perhatian.
Sehinggakan ada yang mengatakan Upiak gila kerana tingkah lakunya begitu.
Ditanya kepada Upiak, jelasnya dia selesa berpakaian begitu.
"Perangai saya memang begini. Bukan buat-buat. Saya juga selesa dengan kain sarung. Saya ada banyak kain sarung. Santai.
"Sejak album pertama sehingga album ke 19 ini, memang beginilah imej saya. Tak ada tukar-tukar. Saya tak boleh berpakaian begini (gaun) lama-lama," ujarnya sambil ketawa besar.
Apabila mendengarkan lagu Tak Tun Tuang, boleh didengari bahawa Upiak juga mempunyai suara yang sedap. Lalu ditanya kenapakah dia menyanyi dengan cara meneran pada rangkap tertentu?
"Jika saya dikatakan menyanyi dengan sedap tapi ada lagi yang suaranya lebih sedap daripada saya. Jadi saya kena cari kelainan untuk berbeza dengan orang lain," jawabnya jujur.
Upiak menyanyi sejak usia 13 tahun bagi membantu ibunya. Kini dia masih lagi bertugas sebagai jururawat.
"Saya akan berhenti daripada menjadi jururawat kerana kini sudah terlalu sibuk. Penat memang penat tetapi apabila melihat peminat bersemangat melihat saya maka saya harus lebih bersemangat untuk mereka," katanya lagi.
Kejayaan manis Upiak adalah apabila lagu Tak Tun Tuang mencecah 24 juta tontonan di YouTube.
sumber: sinarharian
0 comments:
Post a Comment