Tukang cuci didakwa lakukan kelucahan melampau

Friday, December 29, 2017

Tukang cuci didakwa lakukan kelucahan melampau

Tukang cuci didakwa lakukan kelucahan melampau

PETALING JAYA - Seorang tukang cuci warga Indonesia mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan melakukan kelucahan melampau dengan memancutkan air mani pada baju dalam milik seorang wanita, minggu lepas.

Syaputra Irfan, 21, didakwa melakukan perbuatan itu pada baju dalam milik seorang pelanggan wanita berusia 45 tahun di tempatnya bekerja di sebuah bilik hotel, di sini, pada kira-kira 4.30 petang, 23 Disember lepas.

Syaputra yang tidak diwakili peguam itu didakwa mengikut Seksyen 377D Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Ng Wee Li tidak menawarkan sebarang jaminan dengan alasan pihaknya masih belum menerima sebarang pengesahan daripada pihak Imigresen.

Majistret Mohamad Ikhwan Mohd Nasir tidak membenarkan tertuduh diikat jamin dan menetapkan 26 Januari untuk sebutan semula kes bagi serahan dokumen dan lantikan peguam. - Bernama

Artikel berkaitan yang patut anda baca :


sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment