Selesaikan isu bekalan buku sekolah memandu

Friday, December 29, 2017

Selesaikan isu bekalan buku sekolah memandu

Selesaikan isu bekalan buku sekolah memandu

KUALA LUMPUR: Persatuan Institut Memandu Malaysia (PIMA) menggesa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menyelesaikan isu kekurangan buku teks Kurikulum Pendidikan Pemandu, yang sentiasa meningkat tiga kali ganda pada musim cuti sekolah.

Presidennya, Mat Aris Bakar, berkata isu kekurangan bekalan buku berkenaan yang berlarutan setiap tahun, tidak pernah selesai sehingga menyebabkan beribu-ribu pelajar tidak dapat mengambil lesen memandu.

"Setiap tahun kami mendapat banyak aduan daripada ahli yang menggesa isu ini dapat diselesaikan khususnya, hujung tahun atau selepas peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) berakhir.

"Pada waktu itulah jumlah pelajar yang datang untuk mengambil lesen memandu akan meningkat tiga kali ganda.

"Kami mendapat aduan daripada institut memandu mengenai isu yang sama. Satu institut memandu di Kelantan mengadu lebih 300 pelajar tidak dapat mengambil lesen kerana kehabisan buku memandu yang dibekalkan JPJ. Itu baru satu institut," katanya yang dihubungi BH di sini hari ini.

Mat Aris menambah, JPJ di bawah Kementerian Pengangkutan seharusnya memiliki statistik pelajar yang mengambil lesen setiap tahun dan perlu mencari jalan penyelesaian yang berkesan.

"Kami mengakui buku versi baharu yang dibekalkan JPJ dengan nombor siri itu cukup baik dan berkesan digunakan pelajar, namun janganlah kerana pembaharuan itu menyebabkan ramai pelajar tidak dapat mengambil lesen.

"Perkara ini sudah banyak kali disuarakan PIMA dan lebih 10 kali perjumpaan diadakan dengan JPJ membincangkan isu berkenaan.

"PIMA berharap semua institut memandu yang dianggap sebagai rakan kongsi JPJ dapat menyelesaikan isu ini bermula tahun baharu," katanya.



sumber: bharian

0 comments:

Post a Comment