Johor Bahru: Jurufoto sambilan The New Straits Times Press (M) Berhad (NSTP) Biro Melaka, Muhammad Hatim Abd Manan meninggal dunia akibat jangkitan kuman pada paru-paru dan hati
di Hospital Sultan Ismail (HSI) Johor Bahru, semalam.
Muhammad Hatim, 29, yang mula berkhidmat sebagai jurufoto sambilan sejak 2008 menghembuskan nafas terakhirnya di sisi bapanya, Abd Manan Zainudin dan ibunya, Mastura Ahmad, jam 8.40 pagi semalam.
Abd Manan berkata, anak lelaki tunggalnya mula dimasukkan ke hospital
di Batu Pahat, 6 Disember lalu sebelum dipindahkan ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) Johor Bahru dan kemudian dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) HSI.
âMuhammad Hatim memang ditidurkan sejak dirawat di hospital akibat jangkitan kuman yang dialami. Anak saya juga menghidap talasemia sejak kecil yang memerlukan dia menjalani rawatan setiap bulan. Kami reda akan pemergiannya,â katanya.
Abd Manan berkata, jenazah anak bongsu daripada tiga beradik itu dimandi dan dikafankan di HSI sebelum dibawa ke kampungnya di Batu Pahat untuk dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Jalan Sekolah, Batu Pahat, selepas solat Jumaat.
sumber: hmetro
0 comments:
Post a Comment