MRA bantu mangsa banjir Sabah

Friday, December 29, 2017

MRA bantu mangsa banjir Sabah

MRA bantu mangsa banjir Sabah

 

KUALA LUMPUR: Seramai 16 keluarga yang tinggal sehelai sepinggang susulan banjir kilat di Sabah, dua minggu lalu, menerima sumbangan daripada Malaysian Relief Agency (MRA).

Setiausaha Agung MRA, Dr Shahrizal Azwan Samsudin, berkata sumbangan tajaan Yayasan Hasanah itu berupa bantuan makanan, minuman serta kit kesihatan.

"Ketika banjir kilat di Kampung Pampang, Keningau itu berlaku, semua 16 keluarga terbabit hilang tempat tinggal kerana musnah dirempuh air banjir yang deras. 

"Mereka kini terpaksa menumpang di rumah saudara masing-masing selepas banjir surut.

"MRA berhasrat untuk menyumbangkan kelengkapan persekolahan kepada keluarga mangsa banjir itu bagi meringankan beban mereka," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Pihak yang berhasrat untuk menyumbang kepada mangsa banjir menerusi MRA, boleh berbuat demikian melalui akaun Maybank 564098206365 atas nama Malaysian Relief Agency.

Orang ramai juga boleh menghubungi MRA di talian 03-91744672 / 013-3371672 atau melayari laman sesawang www.mra.my.



sumber: bharian

0 comments:

Post a Comment