Redah banjir demi kewajipan

Friday, December 1, 2017

Redah banjir demi kewajipan

Redah banjir demi kewajipan

TUMPAT: Lebih 60 penduduk Kampung Simpangan Hilir, Pengkalan Kubor, di sini, terpaksa menaiki bot untuk ke masjid bagi menunaikan solat Jumaat selepas kawasan mereka ditenggelami sejak kelmarin.

Lima bot galah dan tiga bot Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pengkalan Kubor disediakan kepada penduduk kampung sejak jam 12 tengah hari tadi.

Imam Masjid Kampung Simpangan Hilir, Ismail Awang Mat, 67, berkata penduduk kampung susah lali menaiki bot ke masjid untuk menunaikan solat Jumaat setiap kali banjir melanda.

"Tahun ini sudah dua kali banjir termasuk kali ini. Walaupun terpaksa meredah banjir sedalam tiga meter, mereka tetap ke masjid menunaikan kewajipan dan itulah yang saya lihat sepanjang 11 tahun menjadi imam di sini.

"Alhamdulillah, masjid ini tidak dinaiki air," katanya ketika ditemui selepas solat Jumaat di sini, hari ini.

Turut hadir, Pemangku Ketua UMNO Bahagian Tumpat, Datuk Mohd Rosdi Abdul Aziz dan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kelantan, Nazili Mahmood.

Seorang penduduk, Zahari Nawi, 54, berkata penduduk kampung tidak kisah meredah hujan untuk menunaikan solat Jumaat.

"Sampan yang dibeli pada harga RM750 dua tahun lalu ini membolehkan saya membantu penduduk meredah banjir untuk menunaikan solat Jumaat.

"Rumah saya masih selamat diduduki kerana air hanya mencecah anak tangga," katanya.



sumber: bharian

0 comments:

Post a Comment