Piala Sumbangsih: NR nafikan hajat FKM

Friday, December 1, 2017

Piala Sumbangsih: NR nafikan hajat FKM

Piala Sumbangsih: NR nafikan hajat FKM

NON Resident (NR) muncul juara Piala Sumbangsih Bola Sepak Piala UiTM Di Hatiku 2017 selepas mengalahkan Fakulti Kejuruteraan Mekanikal (FKM) 2-1 di Stadium UiTM Shah Alam, malam kelmarin.

Bagaimanapun, FKM terlebih dahulu membuka tirai jaringan menerusi Ahmad Hazman Ahmad Tarmizi seawal minit kelima sebelum NR bangkit mengikat kedudukan menerusi Badrul Amin Mohd Isa m-10.

Muhamad Shafizi Sehrom memastikan kejuaraan milik NR hasil jaringan pada m-25 pada aksi yang berlangsung dalam padang becak dan licin kerana hujan.

Hadiah disampaikan oleh Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar) UiTM, Prof Datuk Dr Abdullah Mohamad Said yang turut serta menyaksikan perlawanan.

Hadir sama, Pengarah Pembangunan Pelajar UiTM, Dr Mohd Bahrin Othman; Timbalan Pengarah Pusat Sukan UiTM, Mohd Fisol Saud dan Timbalan Dekan HEP FKM, Dr Mohd Azman Yahya.

Sementara itu, Abdullah memuji kesungguhan pemain yang berjuang untuk memastikan kemenangan berpihak kepada pasukan masing-masing.

Katanya, pertandingan ini menjadi landasan untuk mencari bakat-bakat baru dalam permainan bola sepak.

“Selain itu, ia memberi peluang kepada pemain-pemain baru untuk menunjukkan kebolehan bagi mewakili pasukan UiTM serta memberi pendedahan kepada pelajar tentang pengurusan pasukan dan pertandingan,” katanya.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :


sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment