Program Khas Haji bagi 1,200 jemaah tahun depan

Saturday, December 2, 2017

Program Khas Haji bagi 1,200 jemaah tahun depan


Pengerusinya, Datuk Jailani Ngah berkata, selain imam, ketua kampung dan Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), jemaah terpilih turut melibatkan tok batin, pesara kerajaan, guru tahfiz serta pondok.


Katanya, bermula pada 2011, jumlah jemaah haji yang dibiayai oleh Yayasan 1Malaysia Development Bhd (IMDB)i itu sentiasa meningkat, dan sehingga kini seramai 5,711 telah mendapat manfaat daripadanya.


“Pada tahun depan, kita menyediakan 50 kuota untuk tok batin, pesara kerajaan, guru tahfiz dan pondok.


“Pertambahan kepada 1,200 orang sekali gus membolehkan semua negeri menghantar lebih ramai jemaah,” katanya dalam majlis Penyerahan Surat Tawaran Pencalonan Program Khas Haji Perdana Menteri Menteri 8.0 di Hotel TH di sini hari ini.


Program khas itu menghantar seramai 1,100 orang bagi menunaikan ibadah haji tahun ini.


Menurut Jailani, majlis penyerahan surat tawaran menunaikan fardu haji bagi program berkenaan akan disempurnakan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada akhir Januari tahun depan.


Katanya, tarikh akhir pencalonan jemaah adalah pada 15 Disember ini.-UTUSAN ONLINE



sumber: utusan

0 comments:

Post a Comment