Perompak kedai telefon bimbit diberkas

Friday, December 1, 2017

Perompak kedai telefon bimbit diberkas

Perompak kedai telefon bimbit diberkas

BUKIT MERTAJAM - Selepas hampir seminggu diburu, akhirnya suspek yang dipercayai terlibat dengan kejadian pecah masuk sebuah pusat servis telefon bimbit di Jalan Perai Jaya 2 di sini diberkas dalam serbuan di sebuah rumah di Pangsapuri Teluk Indah, Perai di sini pagi semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 6.30 pagi itu, sepasukan polis dari Bahagian Jenayah Berat (D9) Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Tengah menyerbu rumah berkenaan dan menahan seorang lelaki.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata, hasil soal siasat yang dilakukan terhadap suspek mengakui dia terlibat dalam kejadian pecah kedai berkenaan bersama empat lagi rakannya yang masih bebas.

“Dalam kejadian 23 November lalu, suspek bersama empat lagi rakannya dikatakan mencuri 21 telefon bimbit jenama Oppo pelbagai model yang dianggarkan bernilai RM15,000.

“Pemeriksaan di rumah suspek menemukan semula dua telefon bimbit yang dilaporkan hilang sebelum ini,” katanya.

Menurutnya, pihaknya kini sedang giat memburu empat lagi rakan suspek yang dipercayai sedang menyembunyikan diri.

Sementara itu dalam kes berasingan, seorang pengedar dadah berusia 24 tahun ditahan selepas dilihat dalam keadaan mencurigakan di hadapan sebuah rumah di Taman Impian, Alma di sini Khamis lalu.

Nik Ros Azhan berkata, hasil pemeriksaan dibuat terhadap lelaki berkenaan menjumpai beg di dalam poket seluar yang mengandungi 14 paket plastik disyaki dadah jenis heroin.

“Ujian saringan air kencing yang dilakukan mendapati dia positif dadah,” katanya.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :


sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment