Pengasas Kelab Veteran Umno meninggal dunia

Saturday, December 2, 2017

Pengasas Kelab Veteran Umno meninggal dunia

Pengasas Kelab Veteran Umno meninggal dunia

IPOH - Pengasas dan Pengerusi pertama Kelab Veteren Umno, Tan Sri Tajudin Ali, 95, meninggal dunia di rumahnya di Hala Gopeng off Jalan Sultan Nazrin Shah, hari ini.

Tajudin dimasukkan ke hospital dua minggu lalu dipercayai kerana jangkitan paru-paru dan dibawa balik ke rumahnnya dua hari lalu sebelum meninggal dunia kira-kira jam 11.30 pagi tadi.

Allahyarham meninggalkan seorang balu, Puan Sri Putri Sharifah Megat Abd Rahman, 89, dan sembilan anak.

Allahyarham adalah bekas wakil rakyat di kawasan Kinta Utara pada pilihan raya pertama negara pada tahun 1955 dan tiga penggal menjadi Ahli Parlimen Larut, 1959 ketika zaman Allahyarham Tunku Abdul Rahman Putra Al Haj dan Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein menjadi Perdana Menteri.

Pada 1974, Allahyarham menjadi Adun Batu Kurau dan dilantik sebagai Exco Kanan.

Allahyarham memulakan pendidikan di Sekolah King Edward, Taiping dan berkongsi minat bermain hoki bersama Tun Abdul Razak yang mewakili Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK) pada ketika itu.

Tajudin juga pernah berkhidmat sebagai konstabel malah sewaktu Perang Dunia Kedua, Allahyarham bertugas di bahagian pengedaran makanan kepada orang ramai ketika itu.

Allahyarham juga membuka Stesen Minyak di Tanjung Tualang dan memiliki syarikat bas Perak Roadways.

Jenazah Allahyarham dikebumikan di tanah perkuburan Islam Kampung Sungai Ara, Pantai Besar, Batu Kurau.

Sementara itu, Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir dan Setiausaha kerajaan negeri, Datuk Seri Abdul Puhat Mat Nayan sempat meluangkan masa menziarah Allahyarham selepas solat Jumaat, semalam.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :


sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment