Jangan sekat golongan belia

Friday, December 29, 2017

Jangan sekat golongan belia

Jangan sekat golongan belia

PIHAK berkuasa tempatan (PBT) disarankan supaya lebih prihatin dengan jiwa golongan remaja yang menggemari sukan ekstrem di Malaysia.

Legenda pemain skateboard Malaysia, Ahmad Fadzil Musa berkata, PBT tidak seharusnya menyekat kegiatan golongan belia sebaliknya membantu dengan menyediakan lokasi bagi menyokong minat anak muda zaman sekarang.

"Saya kurang pasti situasi yang berlaku, tapi sebagai skateboarder’, PBT sepatutnya kompromi...tempat itu pun bukan dijadikan kegiatan yang tidak berfaedah. Apa yang saya lihat ada seni jalanan dan dibuat dengan cantik..bukannya lukisan berunsur negatif.

"Kalau alasan lokasi itu tidak sesuai dan berbahaya sekali pun, mereka sediakanlah tempat yang lebih sesuai, sekurang-kurangnya golongan muda di kawasan itu ada tempat untuk bermain.

"Jangan hanya tahu bertindak dengan musnahkan lokasi kerana ia akan timbulkan kemarahan dalam diri budak-budak remaja sekali gus mereka akan memberontak dengan mencari port lain," katanya ketika dihubungi.

Reaksi Ahmad Fadzil atau lebih dikenali sebagai Pa’din Musa itu susulan tindakan PBT yang memusnahkan lokasi sukan skateboard di Melaka baru-baru ini dengan mengangkut beberapa kemudahan riadah sehingga mengundang rasa kecewa sekumpulan anak muda apabila penat lelah mereka menceriakan kawanan terbiar dengan menjadikan lokasi sukan skateboard akhirnya menjadi sia-sia.

Tambah Pa’din, 42, masalah tersebut tidak akan selesai selagi tiada tolak ansur daripada PBT.

"Sebenarnya kalau nak harapkan KBS bantu pun susah..sebab mereka pun sudah banyak beri sokongan sebelum ini.

"Puncanya sekarang ialah PBT, mereka tak boleh berkompromi. Bukan sahaja tak sediakan lokasi sesuai, malah hanya tahu memusnahkan usaha anak muda cuba membangunkan sukan ini.

"Saya bimbang bila PBT bertindak sedemikian, anak muda akan memberontak dan akan bina 'port' lain. Jadi masalah ini tak akan selesai sampai bila-bila," katanya lagi.

Justeru itu, anak kelahiran Pulau Pinang itu berharap masalah ini dapat diselesaikan dengan kerjasama semua pihak.

"Apa yang anak muda lakukan tidak salah, mereka cuma perlukan lokasi untuk bermain...kalau nak tunggu pihak tertentu sediakan, sampai bila.?

"Untuk PBT pula jangan hanya tahu ambil tindakan, tapi tak beri jalan penyelesaian, kesianlah kepada mereka berminat dengan sukan ini," tambahnya.

Sementara itu, Pa’din Musa menganggap kehidupannya sudah lengkap sebagai seorang peluncur dengan semua pencapaiannya sepanjang menjadi pemain profesional.

Dia mencipta sejarah apabila mempunyai kasut signature colorway profesional untuk papan selaju keluaran syarikat Amerika Syarikat, Vans.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :


sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment