Jeritan 'saya kena samun' selamatkan warga emas

Friday, December 29, 2017

Jeritan 'saya kena samun' selamatkan warga emas

Jeritan 'saya kena samun' selamatkan warga emas

KUALA LUMPUR - Jeritan 'saya kena samun' seorang warga emas mengundang malang buat penyamunnya.

Dalam kejadian kira-kira 7 malam, kelmarin, mangsa berusia 71 tahun tiba-tiba didatangi sebuah teksi di Taman Tiara, di sini, yang dinaiki dua lelaki.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Mohamad Roy Suhaimi Sarif berkata, lelaki berkenaan kemudian telah bertanyakan kepada mangsa di mana tempat menjual besi buruk dan meminta mangsa masuk ke dalam teksi terbabit.

Menurutnya, mangsa duduk di tempat belakang bersama salah seorang lelaki berkenaan lalu diacu sebilah pisau di leher.

"Berlaku pergelutan antara kedua-dua mereka dan suspek telah merampas duit mangsa berjumlah RM2,500 yang berada di dalam poket.

"Dalam keadaan teksi itu sedang bergerak, secara kebetulan telah terserempak dengan sebuah kereta peronda polis. Melihat teksi itu dalam keadaan mencurigakan, polis telah menahan untuk pemeriksaan sebelum mangsa menjerit mengatakan dirinya disamun," katanya.

Mohamad Roy berkata, kedua-dua suspek kemudian berjaya ditahan.

Katanya, semakan mendapati teksi terbabit adalah milik salah seorang suspek.

"Rekod turut menunjukkan kedua-dua suspek mempunyai rekod jenayah," katanya.

Tambahnya, suspek kini sedang direman dan kes disiasat mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :


sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment