Banjir Kelantan makin baik, PPS Tanah Merah tutup

Sunday, December 3, 2017

Banjir Kelantan makin baik, PPS Tanah Merah tutup

Banjir Kelantan makin baik, PPS Tanah Merah tutup

KOTA BHARU: Tanah Merah sudah menutup kesemua Pusat pemindahan sementara (PPS) yang dibuka menjadikan bilangan banjir di Kelantan semakin berkurangan kepada 9,779 orang, setakat jam 6 petang ini.

Daripada jumlah itu, 4,051 keluarga terbabit ditempatkan di 31 PPS di empat daerah iaitu Kota Bharu, Pasir Puteh, Pasir Mas, dan Tumpat.

Berdasarkan portal eBanjir Kelantan, Kota Bharu dan Pasir Puteh masing-masing tinggal satu PPS yang dibuka iaitu di Sekolah Kebangsaan (SK) Mulong, Pendek (37 mangsa membabitkan 10 keluarga) serta SK Wakaf Raja, Bukit Awang (24 orang daripada lima keluarga) Pasir Mas yang mencatat mangsa banjir paling tinggi juga terus menunjukkan pengurangan kepada 6,145 mangsa membabitkan 2,770 keluarga ditempatkan di 21 PPS berbanding 6,652 orang di 27 PPS, pagi tadi.

Tumpat yang menunjukkan trend peningkatan sebelum ini akhirnya menyaksikan penurunan kepada 3,573 daripada 1,266 keluarga di lapan PPS berbanding kepada 3,717 mangsa, pagi tadi.

Perubahan ini berikutan cuaca baik dengan bacaan hujan di lima daerah itu antara satu hingga tiga milimeter (mm).

Sementara itu, dua Sungai Golok di Rantau Panjang dan Kuala Jambu turut menunjukkan trend penurunan namun masih di paras bahaya yang masing-masing di paras 10.15 meter dan 3.41 meter.

Tiga sungai iaitu Sungai Galas di Dabong, dan Sungai Kelantan di Kuala Krai dan di Kusial masih berada di paras berjaga-jaga, namun terus berkurangan.



sumber: bharian

0 comments:

Post a Comment