Flynn berbohong

Saturday, December 2, 2017

Flynn berbohong

Flynn berbohong

WASHINGTON - AMERIKA SYARIKAT. Bekas Penasihat Keselamatan Negara Amerika Syarikat (AS), Michael Flynn, kelmarin mengaku bersalah kerana berbohong kepada Biro Siasatan Persekutuan (FBI) tentang hubungannya dengan Rusia.

Menurut jeneral tentera bersara berusia 58 tahun itu, beliau ada mengadakan perbincangan rahsia dengan Duta Rusia ke AS, Sergey Kislyak selepas menerima arahan daripada pegawai kanan Presiden Donald Trump pada Disember 2016.

The Washington memetik sumber enggan identiti didedahkan melaporkan salah seorang anggota paling kanan pasukan peralihan presiden menasihatkan Flynn untuk hubungi Kislyak adalah menantu jutawan hartanah terbabit, Jared Kushner.

"Saya menyedari perbuatan saya adalah salah. Pengakuan bersalah dan perjanjian untuk bekerjasama dengan pejabat penasihat khas menggambarkan keputusa saya buat demi kepentingan keluarga dan negara. Saya menerima tanggungjawab penuh atas tindakan saya," kata Flynn selepas beliau tampil di Mahkamah Persekutuan.   

Difahamkan, ketika perbincangan sulit itu, beliau memegang jawatan sebagai penasihat kempen yang kemudiannya dilantik menjadi Penasihat Keselamatan Negara di bawah pentadbiran Trump.

Flynn bagaimanapun dipaksa meletak jawatan pada Februari kerana kebimbangan orang ramai terhadap hubungannya dengan Moscow berhubung perbincangan tentang sekatan dikenakan pentadbiran bekas Presiden, Barack Obama ke atas Moscow. - AFP

Artikel berkaitan yang patut anda baca :


sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment