Cabaran Malaysia di Korea Masters berakhir

Friday, December 1, 2017

Cabaran Malaysia di Korea Masters berakhir

Cabaran Malaysia di Korea Masters berakhir

CABARAN Malaysia pada kejohanan badminton Korea Masters berakhir selepas satu-satunya pasangan beregu negara yang tinggal meneruskan saingan, Chow Mei Kuan-Lee Meng Yean tumpas di separuh akhir di Gimnasium Yeomju, Gwangju hari ini.

Pasangan beregu wanita bukan pilihan itu tewas kepada gandingan Korea Selatan, Kim So Yeong-Kong Hee Yong 21-14, 7-21, 12-21, demikian menurut laman web Persekutuan Badminton Dunia (BWF), www.bwfbadminton.com.

So Yeong-Hee Yong akan berdepan rakan sepasukan, Lee So Hee-Shin Seung Chan pada perlawanan akhir, esok.

Pasangan Korea Selatan itu menewaskan satu lagi gandingan tuan rumah, Lee Eun Ah-Yoon Min Ah 21-5, 21-9 pada satu lagi aksi separuh akhir. - Bernama
 

Artikel berkaitan yang patut anda baca :


sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment