Boleh kemuka permohonan rasmi

Friday, December 29, 2017

Boleh kemuka permohonan rasmi

Boleh kemuka permohonan rasmi

BAGAN DATUK - Jabatan Perhutanan boleh mengemukan permohonan senjata api untuk anggota penguatkuasanya kepada Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, senjata api akan diberikan sekiranya terdapat permohonan untuk kegunaan rasmi daripada jabatan tersebut.

"Jadi Ketua Pengarah Perhutanan, Datuk Nor Akhirudin Mahmud boleh memohon kepada Ketua Polis Negara.

"Ia adalah untuk memperlengkapkan anggota penguatkuasa Jabatan Perhutanan dengan senjata selain hak mereka untuk mempertahankan diri," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Program Kembali Ke Sekolah anjuran Pusat Perkhidmatan Ahli Parlimen Bagan Datuk dan Pejabat Pendidikan Daerah Bagan Datuk di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Chong San, Sungai Burung, petang tadi.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri berkata, dia akan memaklumkan kepada Ketua Polis Negara supaya mengambil tindakan segera mengenai perkara ini.

"Saya akan beritahu ketua polis negara supaya ambil tindakan segera meluluskannya mengikut kesesuaian pangkat pegawai-pegawai penguatkuasa berkenaan," katanya.

Terdahulu, Pengarah Jabatan Perhutanan Negeri Perak (JPNPK), Datuk Mohamed Zin Yusop, mahu kelulusan pihak berkuasa negeri dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk menambah penggunaan senjata api pasukan elit yang ditubuhkan bagi penguatkuasaan kes kesalahan hutan, terutama pencerobohan hutan simpan.

Mohamed Zin turut memaklumkan JPNPK mempunyai 10 laras senapang patah dan apabila pasukan elit itu beroperasi nanti, pihaknya akan mengemukakan permohonan bagi perolehan pistol.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :


sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment