1.8j anggota APM siap siaga hadapi banjir

Friday, December 1, 2017

1.8j anggota APM siap siaga hadapi banjir

1.8j anggota APM siap siaga hadapi banjir

PANTAI REMIS: Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) mempersiapkan 1.8 juta anggotanya dalam keadaan siap siaga bagi membantu mangsa banjir di seluruh negara.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Shahidan Kassim berkata, semua anggota APM kini dalam keadaan bersedia untuk digerakkan pada bila-bila masa bagi membantu semua mangsa banjir mendapat bantuan yang sepatutnya daripada kerajaan.

"Kita gerakkan anggota ke seluruh negara. Saya juga bergerak dari Terengganu, Kelantan, Perak dan Perlis (yang terjejas banjir) dan kemudian kita akan gerakkan jentera kita ke mana sahaja.

"Di pusat pemindahan sementara (PPS) polis akan berfungsi sebagai ketua, manakala bomba sebagai timbalan dan agensi lain seperti APM, RELA dan sebagainya akan turut sama membantu dalam situasi ini," katanya.

Beliau berkata demikian ketika melawat PPS di sekolah Kebangsaan Sungai Batu, Pantai Remis di sini, hari ini.

Shahidan berkata, Perak antara negeri yang diletakkan dalam amaran berjaga-jaga, justeru APM sentiasa bersedia menghantar Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) jika diperlukan dan keadaan membimbangkan.

"Kita menghantar SMART di Kelantan dan Terenggganu... kita ambil pendekatan (sama) kalau kita dapat amaran sahaja, kita mesti turun ke bawah (lokasi).

"Pusat pemindahan juga diaktifkan serta merta kecuali apa yang berlaku di Pulau Pinang sebelum ini kerana itu berada di luar (jangkaan) dan ia ketentuan Allah," katanya.

Sementara itu, Shahidan berkata, setakat ini seramai 943 orang daripada 225 keluarga dipindahkan ke enam pusat pemindahan di Manjung dan semua PPS dilaksanakan serta berfungsi dengan baik termasuk membabitkan aspek bekalan makanan.



sumber: bharian

0 comments:

Post a Comment