Isu tudung: PBT harus guna kuasa undang-undang

Friday, December 1, 2017

Isu tudung: PBT harus guna kuasa undang-undang

Isu tudung: PBT harus guna kuasa undang-undang

SHAH ALAM - Pihak berkuasa tempatan (PBT) di seluruh negara perlu menggunakan kuasa yang telah diperuntukkan oleh undang-undang bagi memastikan kedudukan Islam dan hak umat Islam terus terpelihara.

Ahli Parlimen Kuala Nerus, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali At-Takiri berkata, PBT ini harus mencontohi langkah pro-aktif Majlis Perbandaran Taiping (MPT) dan Jabatan Tenaga Kerja (JTK) Johor dalam mempertahankan hak bertudung wanita Islam di negara ini.

“Ia adalah tindakan terpuji yang sewajarnya dicontohi oleh semua pihak berkuasa. Seperti yang diketahui, MPT akan mengenakan syarat tambahan kepada pengusaha hotel untuk tidak melarang pekerja wanitanya bertudung di tempat kerja, dalam proses meluluskan permit mereka.

“Begitu juga JTK Johor yang melakukan pemeriksaan dan memberi nasihat peringatan kepada empat hotel yang telah mengenakan larangan pemakaian tudung di bahagian perkhidmatan pelanggan,” katanya dalam satu kenyataan media, hari ini.

Larangan tersebut sama sekali bercanggah dengan Kod Perilaku Keharmonian Perindustrian yang merupakan perjanjian bersama antara Kementerian Sumber Manusia dengan Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia dan Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia yang telah menyatakan bahawa menjadi kewajipan majikan untuk tidak mendiskriminasikan pekerja dan mewujudkan keharmonian di tempat pekerjaan.

“Tindakan pro-aktif ini selari dengan peraturan dan peruntukan undang-undang sedia ada. Perkara 8 dan 11 Perlembagaan Persekutuan telah secara jelas menyatakan berkenaan larangan diskriminasi dan hak kebebasan untuk mengamalkan ajaran agama.

“Adalah sangat tidak wajar wanita Muslim dalam sebuah negara bermajoriti Muslim yang perlembagaannya pula meletakkan Islam Agama Persekutuan, tiba-tiba dihalang bertudung dengan alasan remehnya kononnya ia adalah kod berpakaian yang ditetapkan oleh majikan,” katanya yang menyebut ia merupakan cabaran dan penghinaan terhadap kedaulatan Islam.

Katanya lagi, PBT mempunyai kuasa mengeluarkan lesen dan tidak sewajarnya pihak yang tidak menghormati perlembagaan itu dibiarkan untuk terus beroperasi.

“Semua kerajaan negeri sepatutnya mencontohi langkah Kerajaan Kelantan sejak 1992 yang mengenakan syarat berpakaian menutup aurat bagi Muslim dan Muslimah di setiap premis perniagaan di Kelantan sebagai  peraturan kelulusan lesen PBT.

“Saya juga menyeru kepada para peguam Muslim agar ke hadapan dan komited memberikan pembelaan kepada pekerja-pekerja beragama Islam yang dinafikan hak mereka untuk mengamalkan ajaran Islam,” katanya.

Beliau berkata, kerajaan Persekutuan terutamanya menerusi Kementerian Pelancongan pula harus bersikap tegas terhadap pengusaha-pengusaha hotel termasuk membatalkan lesen mereka sekiranya didapati melanggar peraturan yang telah ditetapkan.

[ARTIKEL BERKAITAN: Hotel larang bertudung boleh didakwa]

Terdahulu, Timbalan Presiden Persatuan Guaman Hartanah Malaysia (HartaGuam), Salkukhairi Abd Sukor berkata, tindakan itu jelas bertentangan dengan Perkara 11 Perlembagaan Persekutuan yang memperuntukkan setiap orang Islam berhak mengamalkan ajaran agamanya tanpa halangan daripada mana-mana pihak, selaras dengan Islam sebagai agama persekutuan.

HartaGuam membantah tindakan segelintir hotel yang mengarahkan pekerja wanita mereka menanggalkan tudung.

Alasan kononnya tindakan itu selari dengan SOP ditetapkan tidak boleh diterima sama sekali.

Ini kerana, dari segi undang-undang, sekiranya betul terdapat ada peraturan atau SOP sedemikian, ia boleh dianggap sebagai ultra-vires (bertentangan) dengan Perlembagaan Persekutuan.

Justeru, peraturan sedemikian tidak sah dan terbatal.

Tindakan itu juga boleh dikategorikan sebagai gangguan seksual terhadap pekerja wanita Muslim yang inginmenjalankan tugas.a

Artikel berkaitan yang patut anda baca :


sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment