Warga emas maut, empat lagi dikejarkan ke hospital

Saturday, December 2, 2017

Warga emas maut, empat lagi dikejarkan ke hospital

Warga emas maut, empat lagi dikejarkan ke hospital

GERIK - Seorang warga emas maut manakala pemandu kereta dan empat kanak-kanak dikejarkan ke Hospital Gerik selepas terlibat dalam nahas di Kilometer 21 Jalan Raya Timur Barat Gerik- Jeli di sini, petang tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 2.30 petang itu, Che Zainab Salleh, 69, meninggal dunia ditempat kejadian manakala cucunya, Wan Khair Musyrif Wan Khabil, enam tahun patah peha kiri.

Ketua Polis Daerah Gerik, Superintendan Ismail Che Isa berkata, siasatan awal mendapati Perodua Alza yang dipandu oleh anak perempuan mangsa bersama empat cucunya dalam perjalanan dari Gerik ke Jeli, Kelantan.

"Dipercayai kereta yang dipandu wanita berusia 41 tahun itu hilang kawalan dan berpusing ketika melalui selekoh lalu terbabas memasuki laluan bertentangan.

"Lori yang datang dari arah depan cuba elak ke bahu kiri jalan namun dilanggar oleh kereta terbabit. Akibatnya, mangsa yang merupakan penumpang hadapan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian," katanya.

Menurutnya, kesemua mereka yang terselamat dibawa mendapatkan rawatan di Hospital Gerik.

"Pemandu dan dua anak lelakinya masing-masing berusia berusia 12 dan 11 tahun mengalami kecederaan ringan manakala anak perempuannya berusia lima tahun tidak cedera.

"Hanya seorang parah dan masih mendapatkan rawatan. Mayat mangsa dibawa ke unit forensik hospital sama untuk bedah siasat," katanya.

Ismail berkata, pemandu lori berusia 31 tahun dan kelindannya berusia 27 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan. Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :


sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment