Tiga PPS di Marang diaktifkan

Friday, December 1, 2017

Tiga PPS di Marang diaktifkan

Tiga PPS di Marang diaktifkan

KUALA TERENGGANU: Mangsa banjir di Terengganu ini kembali meningkat apabila lima pusat pemindahan sementara (PPS) diaktifkan membabitkan 87 mangsa selepas hujan lebat dilaporkan di sebahagian besar daerah di negeri ini sejak pagi tadi.

Berdasarkan kemas kini Jabatan Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Terengganu, tiga PPS di daerah Marang diaktifkan membabitkan 38 mangsa selepas kediaman mereka terjejas akibat dinaiki air.

PPS yang dibuka itu adalah Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit Gasing (lima), SK Pasir Puteh (24) dan SK Marang (sembilan).

Jumlah mangsa dilapor meningkat berbanding semalam yang hanya mencatat 49 mangsa membabitkan dua PPS, masing-masing di Besut dan Setiu.

Difahamkan, ada mangsa sedang dipindahkan di Gong Badak, Kuala Nerus akibat banjir namun jumlahnya belum dapat dipastikan.



sumber: bharian

0 comments:

Post a Comment