Stesen LRT, MRT, Monorel diperakui bersih, selamat

Friday, December 29, 2017

Stesen LRT, MRT, Monorel diperakui bersih, selamat

Stesen LRT, MRT, Monorel diperakui bersih, selamat

SELEPAS pengiktirafan ISO9001:2015 bagi pengurusan berkualiti, Rapid Rail Sdn Bhd menerima pula perakuan bahawa stesen-stesen LRT, MRT dan monorel serta  Pusat Kawalan Operasi dan worksyop kendaliannya adalah bersih dan selamat selain dilengkapi visual maklumat yang jelas.

Perakuan itu diberikan Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) yang menjalankan audit Sistem Amalan Persekitaran Berkualiti QE/5S ke atas stesen dan fasiliti bagi keempat-empat laluan rel urban kendalian anak syarikat Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) itu.

Panel pengauditan MPC membuat pemeriksaan stesen dan fasiliti bagi LRT Laluan Kelana Jaya, LRT Laluan Ampang/Sri Petaling, Laluan KL Monorel dan MRT Laluan Sungai Buloh â€" Kajang semalam.

Dalam pemeriksaan itu, mereka berpecah  untuk  memeriksa setiap laluan mencakupi aspek kebersihan, keselamatan dan pengurusan visual berdasarkan kepada prinsip antarabangsa 5S - Seiri, Seiton, Seiso, Seiketsu dan Shitsuke atau prinsip Sisih, Susun, Sapu, Seragam dan Sentiasa Amal.

“Alhamdulillah, hasil pemeriksaan yang dibuat memuaskan hati kesemua anggota panel juruaudit perbadanan berkenaan, sekali gus menganugerahkan kepada Rapid Rail dengan Pensijilan Persekitaran Berkualiti (5S) MPC," kata  Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail Datuk Zohari Sulaiman dalam kenyataan hari ini.

Beliau turut mengucapkan syabas dan tahniah kepada warga kerja Rapid Rail yang terus mempamerkan dedikasi untuk meraih pengiktirafan dan pensijilan Sistem Amalan Persekitaran Bersih & Berkualiti (QE/5S) daripada MPC dan juga International Certificate of ISO9001: Version 2015 daripada SIRIM QAS International.

“Kedua-dua persijilan ini sebenarnya diraih semalam, yang pastinya tercatat sebagai satu hari yang cukup bersejarah untuk Rapid Rail,” katanya. â€"Bernama

Artikel berkaitan yang patut anda baca :


sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment