Selangor, Pulau Pinang sukar tapi tak mustahil untuk BN
SHAH ALAM â" Menjelang PRU14 tidak lama lagi, sama ada BN mahupun Pakatan Harapan (Harapan), masing-masing berharap akan dapat menambah âkoleksiâ negeri untuk pentadbiran mereka.
Harapan yang sebelum ini mentadbir Selangor (PKR) dan Pulau Pinang (DAP), dua negeri ini turut diintai BN untuk merampasnya kembali.
Apakah yang menjadi kekuatan BN untuk cuba menawan dua kubu kuat Harapan ini? Apakah BN yakin pengundi di dua negeri ini sanggup menukar polar pengundian kepada mereka?
Menurut pensyarah Pusat Pengajian Antarabangsa Kolej Undang-undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa, Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof Madya Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani, BN hari ini sudah cukup kuat untuk cuba merampas dua negeri tersebut.
âBiarpun agak sukar untuk menawan Selangor dan Pulau Pinang, tetapi senario politik di negeri tersebut sudah sedikit berubah.
âMelihat kepada Pulau Pinang di mana pengundi sudah kurang percaya kepada pentadbiran Lim Guan Eng yang turut terpalit dengan isu peribadi,â katanya kepada Sinar Online.
Beliau berkata, isu-isu rakyat di negeri itu juga sukar dibendung ditambah dengan tragedi tanah runtuh yang memberi impak kepada Guan Eng untuk cuba mengekalkan pentadbirannya.
âRakyat melihat isu ini besar kerana ia melibatkan mereka secara langsung. Ia dilihat seolah-olah pemimpin mereka hanya mahukan pembangunan tanpa memikirkan hal keselamatan rakyat.
âBegitu juga isu peribadi beliau yang dilihat bukan kecil di mana hingga membawa ke mahkamah. Perkara-perkara sebeginilah yang membuatkan rakyat mula hilang percaya,â ujarnya.
Mohd Azizuddin berkata, peluang sebeginilah yang dinantikan oleh BN tetapi bukan tugas mudah untuk mereka.
âDi sinilah parti komponen BN harus memainkan peranan semaksima mungkin. Tambahan, BN sudah menunjukkan track record yang baik di negeri-negeri lain.
âSeperti yang pernah saya katakan, BN ini kuat, tetapi masalah dalaman parti itulah juga menjadi punca mereka kalah. Kalau BN boleh terus âbaikâ, tidak ada masalah untuk menangâ katanya.
Tambah beliau lagi, apa yang penting untuk BN adalah meletakkan imej positif mereka di Pulau Pinang untuk menarik pengundi baru, lebih-lebih lagi untuk kaum Cina dan India.
âCorak berkempen juga lain dari negeri lain. Jika ini dapat dibuat dengan baik, Pulau Pinang mampu ditawan BN,â katanya.
Sementara itu, Mohd Azizuddin berkata, perkara sama boleh dilakukan BN untuk menawan Selangor.
âCuma di Selangor, peratus pengundinya agak sama rata, tidak seperti di Pulau Pinang dimonopoli kaum Cina.
âBN perlu terus menjelaskan agenda mereka agar ia terus diterima rakyat. Banyak yang boleh dilakukan di Selangor , tetapi yang utama adalah menawan hati rakyat,â jelasnya.
Beliau berkata, dengan imej positif BN di negeri ini, ia mampu mengubah pemikiran pengundi di negeri ini.
âBN kena positif sahaja. Mereka sudah stabil. Tetapi jika ada perkara kecil yang terpalit pada BN, ia menyukarkan mereka,â katanya.
Terkini, isu yang melibatkan anak saudara Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang dikaitkan dengan skandal rasuah.
Mungkin ada yang berpandangan, ia isu besar yang mencemar kredibiliti Mohamed Azmin yang kini antara menteri besar dengan ttrack record terbaik.
Namun, jika rakyat bijak menilai dan membuat tafsiran, mereka tahu keputusan apa yang harus dibuat.
Untuk rekod, PKR sudah dua tahun memegang tampuk pentadbiran di Selangor dan tiga penggal untuk DAP mentadbir Pulau Pinang.
sumber: sinarharian
0 comments:
Post a Comment