Nilai sentimental dunia pengacaraan dan bisnes

Saturday, December 2, 2017

Nilai sentimental dunia pengacaraan dan bisnes

Nilai sentimental dunia pengacaraan dan bisnes

PUNYA pakej lengkap sebagai seorang wanita yang berkaliber, Nadia Shahrul Annuar atau lebih dikenali Nadia Annuar sukses mencipta nama dalam dunia pengacaraan.

Kepetahan berbicara serta bijak memancing penonton tatkala beraksi di layar kaca membuatkan kehadiran Nadia dalam dunia pengacaraan amat disenangi penonton.

Tidak cukup dengan dunia pengacaraan Nadia juga aktif dalam dunia perniagaan. Penglibatan Nadia dalam dunia bisnes sebenarnya bermula secara rasmi sejak awal 2017. Perjalanan bisnes Nadia bersama suaminya bertapak daripada bawah.

Sudah lama wanita jelita ini ingin berniaga tetapi tiada dorongan sebelum ini. Apabila berkahwin maka suaminya Mohd Hafiz Salleh banyak mendorong Nadia untuk memulakan bisnes.

Kini Nadia dan suaminya menjadi rakan bisnes dalam menguruskan syarikat yang mereka berdua usahakan.

Tidak dinafikan selain dorongan suaminya, Nadia turut mendapat didikan dan pengalaman hasil daripada melihat dan membantu sifunya iaitu ibunya sendiri, Zaiton Hassan atau lebih dikenali sebagai Kak Ton sejak dari zaman remaja lagi.

Ibu jadi idola

Darah berniaga yang ada dalam dirinya mungkin diwarisi daripada ibunya. Kecintaan Nadia dalam dunia bisnes telah menyebabkan Nadia tidak memandang ke belakang lagi sebaliknya terus yakin memandang ke hadapan menceburi dunia bisnes yang sememangnya menjadi impian selama ini.

“Penglibatan saya dalam dunia perniagaan kerana ingin berjaya seperti ibu saya. Ibu bermula daripada bawah sedikit demi sedikit. Selain daripada itu kita semua tahu punca rezeki 9/10 adalah daripada berniaga maka ia juga salah satu faktor saya melibatkan diri dalam dunia bisnes. Selain ibu sudah tentulah suami saya yang menjadi penyokong kuat untuk saya berkecimpung dalam dunia bisnes. Dia percaya akan bakat yang sedia ada dalam diri saya.

“Buat masa sekarang saya sedang sibuk menjalankan perniagaan dalam bidang makanan dan minuman kecantikan Be The Glamorous Drink. Minuman tambahan empat dalam satu ini membantu pengguna untuk menurunkan berat badan, detox, mencerahkan kulit dan antipenuaan dengan harga mampu milik. Ia merupakan minuman serba lengkap untuk memberikan tenaga, kesihatan dan juga kecantikan

“Saya memilih kosmetik dan produk-produk berkaitan dengan kecantikan kerana ia sememangnya dekat dihati. Siapa yang tidak mahu nampak cantik bukan? Fitrah wanita untuk sentiasa mahu kelihatan cantik dan jika boleh buat duit dalam masa yang sama, lagilah seronok,” ujar Nadia membuka bicara kata.

Apabila dilontar tentang pendapat sesetengah pihak yang mengatakan Nadia menumpang populariti ibunya sebagai batu loncatan untuk berjaya dalam dunia bisnes, Nadia hanya tersenyum. Jauh di sudut hati wanita yang wajahnya sering dibungai senyuman ini tidak pernah berkecil hati dengan tanggapan tersebut.

“Saya jenis tidak kisah. Ibu tidak pernah jemu memberi sokongan untuk saya memulakan perniagaan sendiri. Ibu saya merupakan seorang usahawan yang berjaya dan sering menjadi idola. Ramai yang hendak jadi seperti Kak Ton dan ramai juga hendak jadi anak Kak Ton. Jadi saya anggap sahaja diri saya bertuah mendapat ibu seperti Kak Ton.

“Untuk berjaya dalam dunia perniagaan, kita harus ikhlas. Niat kena betul dan penting untuk saya memperkenalkan produk yang bagus bukan sahaja untuk jangka masa pendek tetapi juga untuk jangka masa panjang. Quality is the key. Saya bukan hasilkan produk untuk suka-suka. Saya sendiri melakukan kajian setiap produk yang bakal dihasilkan.

“Bantu orang untuk berjaya maka baharulah kita akan berjaya. Dan ingatlah sebaik-baik manusia adalah manusia yang memberi manfaat kepada manusia lain. Inilah resipi kejayaan saya,” kongsi Nadia yang kini berusia 33 tahun.

Senajata pemasaran

Bercerita tentang cabaran dalam dunia bisnes ujar Nadia ia datang daripada sudut customer service dan after service.

Jelas Nadia lagi, dia cuba untuk memastikan hanya layanan yang terbaik kepada penguna dan pengedar produknya selain melatih pengedarnya untuk melakukan perkara yang sama.

“Daripada strategi pemasaran pula kami akan melancarkan pelbagai program dan kempen untuk memperkenalkan lagi jenama dan meningkatkan kepercayaan penguna terhadap produk kami. Selain itu turut disediakan kelas bimbingan pemasaran untuk pengedar kami supaya mereka sentiasa berilmu.

“Ganjaran untuk pengedar yang mencapai sasaran jualan kami juga dipertingkatkan. Dengan ini mereka lebih bersemangat dalam menjana pendapatan. Kami percaya bahawa semakin banyak yang kami berikan kepada pengguna dan juga stokis maka semakin banyak yang kami akan perolehi.

“Nasihat saya kepada golongan wanita yang ingin berkecimpung dalam dunia bisnes jangan terburu-buru. Buat perancangan dan lakukan penyelidikan dan kajian daripada segi pemasaran. Ia sangat penting sebelum kita melaburkan duit dalam sesuatu bidang. Kita tidak mahu nanti duit lebur dalam bisnes yang tidak menjadi.

"Kalau sudah yakin, teruskan. Penting untuk terus konsisten dan tidak boleh mudah putus asa. Hendak berjaya tidak mudah tapi ia bukanlah sesuatu yang mustahil untuk dikecapi,” jelas Nadia.

Sempena kedatangan 2018 seperti usahawan yang lain, Nadia juga sedang sibuk menyusun agenda. Akui Nadia memang banyak sekali perancangan yang telah diatur terutama untuk membantu lebih ramai orang di luar sana menjana pendapatan bersama dengan bisnes yang diusahakannya.

“Alhamdulillah kini bisnes yang saya dan suami usahakan sudah mencapai 1,000 pengedar di seluruh Malaysia, Brunei, Singapura dan Indonesia. Jika diizinkan ALLAH SWT kami ingin membawa pengedar menunaikan umrah bersama.

"Dari segi perkembangan syarikat, kami akan mengeluarkan lebih banyak produk di bawah Nadia’s Secret Sdn Bhd yang boleh membantu menyelesaikan pelbagai masalah berkaitan kesihatan dan kecantikan.

“Persaingan memang wujud dalam dunia perniagaan. Memang ia tidak dapat lari daripada dunia perniagaan. Saya bersikap tenang dalam menghadapi persaingan kerana percaya pada rezeki masing-masing.

"Jadikan saingan sebagai motivasi untuk kita berkerja lebih keras lagi. Jangan sesekali leka walaupun kita sudah berada di atas,” pesan Nadia.

Dalam pada sibuk dengan dunia bisnes, bidang pengacaraan tidak dilupakan. Nadia masih lagi sibuk mengacarakan program TV home shopping CJ Wow Shop yang mencabar tetapi bagus untuk mengasah skil dirinya dalam dunia perniagaan.

“Jika ditanya antara dunia bisnes dan juga dunia pengacaraan, yang mana lebih melekat dihati, sudah tentulah dunia pengacaraan.

"Walau bagaimanapun dalam masa yang sama saya seronok dapat bantu ramai orang bukan sahaja untuk kurus dan cantik tetapi juga dapat bantu wanita-wanita di luar sana menjana pendapatan tambahan,” ungkap Nadia.

Sisi peribadi

Kesibukan dalam menguruskan bisnes dan juga dunia pengacaraan tidak membataskan tugas hakiki Nadia sebagai seorang isteri dan juga ibu.

Tiada yang lebih membahagiakan hidup seorang wanita selain dapat mengecap kejayaan dalam dunia kerjaya dan dalam masa yang sama dapat menguruskan rumah tangga dengan baik.

“Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih. Selagi ada kemahuan di situ ada jalan. Hendak berjaya memang tidak mudah dan perlu banyak berkorban.

Keluarga adalah keutamaan saya. Selalunya setiap kali hujung minggu saya dan suami akan pastikan yang kami sekeluarga akan keluar bersama. Ia ibarat rutin walaupun sekejap.

Hobi kami suka melancong. Jadi setiap beberapa bulan sekali, ada sahaja destinasi yang kami target hendak pergi. Dengan cara itu kami jadi bersemangat untuk bekerja lebih keras.

“Sesibuk mana pun dengan kerjaya, sebagai wanita kita jangan abaikan soal kesihatan dan kecantikan. Setiap pagi, saya akan pastikan yang saya mengambil satu paket minuman kecantikan Be The Glamorous Drink.

"Minum air putih yang banyak dan lakukan senaman ringan untuk memastikan tubuh sentiasa sihat dan cergas.

"Untuk penjagaan kulit pula saya akan membersihkan wajah dengan sempurna setiap hari selain mengelakkan produk-produk yang mengandungi bahan kimia berbahaya,” tutur Nadia.

Ibu kepada Mohd Aaron Erwin, 10 dan Dya Nayla yang kini sedang meniti usia setahun juga seperti ibu-ibu yang lain, memikul tanggungjawab dalam soal mendidik anak-anak.

Ditanya bagaimana perwatakan ketika di rumah, ini jawapan Nadia.

“Jika di rumah, saya seorang yang sangat tegas, lebih-lebih lagi dengan anak-anak. Ibu saya juga seorang yang tegas dalam soal mendidik anak-anak. Mungkin sebab itulah agaknya saya terikut-ikut cara dia mendidik anak-anak.

"Walau bagaimanapun bukan sepanjang masa saya bersikap tegas. Ada ketikanya saya berlembut dengan anak-anak,” akhiri Nadia menutup kalam bicara.

5 tip Nadia kekal fit dan cergas:

  • Kurangkan minuman bergula dan banyakkan air putih.
  • Harus banyakkan aktiviti seperti berjalan dan senaman ringan. Jangan duduk sahaja sepanjang hari.
  • Rehat yang secukupnya mengikut keperluan diri masing-masing.
  • Amalkan makanan yang kurang berlemak, kurangkan makanan bergoreng dan lebihkan sayur-sayuran. Setiap hidangan mesti ada sayur.
  • Untuk kekal aktif dan bertenaga perlu kawal kadar stres dan sentiasa bersikap positif. Sentiasa ceria dalam menjalani kehidupan harian.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :


sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment