Mangsa banjir di Raub meningkat

Saturday, December 2, 2017

Mangsa banjir di Raub meningkat

Mangsa banjir di Raub meningkat

RAUB: Jumlah mangsa banjir di daerah ini meningkat daripada 47 orang malam tadi kepada 68 mangsa daripada 19 keluarga jam 12 tengah hari tadi.

Pengarah Angkatan Pertahanan Awam (APM) Pahang, Kolonel (PA) Zainal Yusoff, berkata mangsa ditempatkan di tiga pusat pemindahan sementara (PPS) iaitu di Surau Rancangan Rumah Murah Cheroh 3, balai raya Kampung Ulu Sungai dan balai raya Kampung Kuala Semantan.

"PPS pertama dibuka jam 9.25 malam di Surau Rancangan Rumah Murah Cheroh 3 yang menempatkan 10 mangsa daripada dua keluarga.

"Satu lagi PPS diaktifkan di Balai raya Kampung Ulu Sungai, dekat Batu Malim kira-kira jam 11.30 malam. PPS ketiga mula diaktifkan jam 8 pagi tadi di balai raya Kuala Semantan dan semuanya berpunca limpahan air Sungai Lipis," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Katanya, APM turut mendapat kerjasama Polis Diraja Malaysia dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia untuk memastikan kelancaran operasi pemindahan.

"Wakil dari Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Pejabat Daerah dan Tanah Raub juga turut berada di pusat pemindahan bagi memberikan bantuan kepada penduduk," katanya.



sumber: bharian

0 comments:

Post a Comment