KDN tidak akan lindungi anggota terlibat jenayah

Friday, December 29, 2017

KDN tidak akan lindungi anggota terlibat jenayah

KDN tidak akan lindungi anggota terlibat jenayah

BAGAN DATUK - Kementerian Dalam Negeri (KDN) tidak akan berkompromi dan melindungi mana-mana pegawai atau anggota polis yang terlibat dalam kegiatan jenayah.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, beliau telah meminta kepada kementerian agar menjadikan integriti sebagai sesuatu yang perlu diberikan perhatian serius selain menunjukkan komited kerajaan dalam isu ini.

“KDN tidak akan pilih bulu serta bertolak ansur dengan sebarang kejadian jenayah yang dilakukan oleh mana-mana pihak sama ada penguatkusa, pegawai polis mahupun anggotanya.

“Kita juga tidak akan berkompromi dengan golongan ini dan tindakan pasti akan diambil kerana soal keselamatan adalah keutamaan KDN,” katanya kepada pemberita pada sidang media selepas Program Kembali Ke Sekolah anjuran Pusat Perkhidmatan Ahli Parlimen Bagan Datuk dan Pejabat Pendidikan Daerah Bagan Datuk di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Chong San, Sungai Burung, petang tadi.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai penahanan seorang pegawai kanan dan dua anggota polis yang dipercayai terlibat dalam kejadian samun di Kampung Rapat, Rabu lalu.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri berkata, bukan hanya soal jenayah diberikan perhatian malah KDN turut memandang serius penglibatan anggota keselamatan dalam isu seperti ini terutamanya melibatkan soal keselamatan negara.

“Apatah lagi jika ia dilakukan oleh pegawai dan anggota keselamatan sudah pasti tindakan akan diambil," katanya.

[ARTIKEL BERKAITAN: Pegawai polis ditahan terlibat samun]

Menurutnya, ketiga-tiga suspek kini sedang direman bagai disoal siasat bersama seorang lagi orang awam.

Terdahulu, empat lelaki terdiri daripada seorang pegawai kanan dan dua anggota polis ditahan selepas dipercayai terlibat dalam kegiatan samun tanpa senjata membabitkan wang tunai berjumlah RM12,300 di sebuah rumah di Kampung Rapat, Ipoh, Rabu lalu.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :


sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment