Jumlah mangsa banjir Perak semakin susut

Saturday, December 2, 2017

Jumlah mangsa banjir Perak semakin susut

Jumlah mangsa banjir Perak semakin susut

IPOH - Jumlah mangsa banjir di Perak semakin berkurangan kepada 77 orang pagi ini berbanding 130 malam tadi.

Menurut Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Perak, kesemua mangsa ditempatkan di dua pusat pemindahan sementara di Manjung iaitu membabitkan 23 keluarga.

Seramai 40 mangsa daripada 10 keluarga ditempatkan di Sekolah Agama Tebuk Yan dan Sekolah Kebangsaan Sungai Batu, Pantai Remis pula menempatkan 37 mangsa daripada 13 keluarga. - Bernama


 

Artikel berkaitan yang patut anda baca :


sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment