Dialog Fake News: Cabaran Media Sosial, Ahad ini

Friday, December 1, 2017

Dialog Fake News: Cabaran Media Sosial, Ahad ini

Dialog Fake News: Cabaran Media Sosial, Ahad ini

SEIRING perubahan zaman, sebaran berita bukan sahaja tertumpu di dada akhbar, tapi juga di media sosial.

Pastinya kesahihan mahupun kebenarannya akan diragui, tetapi sejauh mana kita menilainya.

Bagi mengupas isu ini, Sinar Harian terus berada di pentas khas untuk mengupas dengan lebih lanjut mengenai perkara ini dalam dialog bertajuk ‘Dialog Fake News: Cabaran Media Sosial’

Dialog yang bermula jam 9.30 pagi itu akan disertai Timbalan Pengarang Berita Sinar Harian, Farush Khan Akhbar Khan; Pengarang Berita Harian, Veena Rusli dan Pensyarah Fakulti Komunikasi Seni Visual dan Pengkomputeran, Ismail Hashim.

Dialog yang dianjurkan Persatuan Penerbit Akhbar Malaysia (MNPA) dengan kerjasama Universiti Selangor (Unisel) ini akan dimoderator oleh personaliti TV, Amin Idris

Orang ramai dijemput hadir menyaksikan pentas ilmu ini yang berlangsung di Unisel Bestari Jaya, 3 Disember ini.

Sebarang pertanyaan hubungi 019-3310211 (Laila) dan saksikan di Sinar TV.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :


sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment