Cuaca makin baik di Kelantan

Saturday, December 2, 2017

Cuaca makin baik di Kelantan

Cuaca makin baik di Kelantan

KOTA BHARU: Keadaan banjir di Kelantan semakin pulih berikutan cuaca kembali baik dan mangsa terus berkurangan kepada 10,616 orang.

Sebanyak 41 pusat pemindahan sementara (PPS) masih dibuka, setakat jam 9 pagi ini.

Semua mangsa membabitkan 4,325 keluarga itu dari lima daerah, berbanding 11,014 orang ditempatkan di 44 pusat, tengah malam tadi.

Berdasarkan portal eBanjir Kelantan, Pasir Mas menunjukkan penurunan ketara, berbanding tiga daerah iaitu Kota Bharu, Tanah Merah, dan Pasir Puteh yang masih kekal dengan bilangan mangsa banjir sejak malam tadi, manakala Tumpat pula terus meningkat.

Pasir Mas yang mencatat mangsa banjir paling tinggi semakin berkurangan kepada 6,652 mangsa membabitkan 2,936 keluarga, ditempatkan di 27 PPS berbanding 7,058 orang di 30 PPS, tengah malam tadi.

Tiga daerah iaitu Tanah Merah (29 mangsa daripada lapan keluarga), Kota Bharu (100 mangsa daripada 27 keluarga), dan Pasir Puteh (121 orang daripada 30 keluarga) masih kekal dengan jumlah masing-masing.

Bagaimanapun, Tumpat terus merekodkan peningkatan kepada 3,717 mangsa daripada 1,324 keluarga yang berada di 30 PPS berbanding 3,706 mangsa pada tengah malam tadi.

Sementara itu, dua Sungai Golok di Rantau Panjang dan Kuala Jambu masih di paras bahaya yang masing-masing di paras 10.24 meter dan 3.47 meter.

Tiga sungai, iaitu Sungai Galas di Dabong, dan Sungai Kelantan di Kuala Krai dan di Kusial masih berada di paras berjaga-jaga.



sumber: bharian

0 comments:

Post a Comment