Orang Asli hilang selepas berpecah

Saturday, December 2, 2017

Orang Asli hilang selepas berpecah

Orang Asli hilang selepas berpecah

KUALA LIPIS - Seorang lelaki dari perkampungan Orang Asli Sungai Sekin, hilang selepas keluar memburu binatang di hutan bersempadan dengan Hutan Rimba Kenong di sini sejak 30 November lalu.

Ketua Polis daerah Superintendan Azry Akmar Ayob berkata, Blau a/l Tambat, 30, pergi memburu bersama abang serta empat rakan pada pagi hari kejadian dan memasuki hutan berhampiran.

Menurutnya, kumpulan terbabit bagaimanapun berpecah ketika di dalam hutan dan lelaki berkenaan tidak kembali berkumpul pada jam 6 petang.

"Abang lelaki itu, Buluh Tambat, 53, kemudiannya membuat polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Lipis pada Jumaat, 1 Disember,  yang menyatakan adiknya hilang ketika keluar memburu," katanya.

Beliau berkata, bertindak atas laporan diterima, Pusat Kawalan Tempat Kejadian telah dibuka di Felda Kechau 10 manakala pasukan mencari dan menyelamat (SAR) membabitkan 52 anggota polis, bomba, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan penduduk kampung telah digerakkan bagi mengesan lelaki itu.

"Sepasukan 13 anggota Unit Pasukan Gerakan Am (PGA) Orang Asli dari Kuantan turut turun padang membantu operasi mencari dan menyelamat," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Beliau berkata, sehingga kini lelaki itu gagal ditemui selain tidak dapat mengesan jejak di sekitar tempat dia kali terakhir dilihat.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :


sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment