Banjir Kelantan: Pasir Mas, Tumpat catat mangsa paling tinggi

Friday, December 1, 2017

Banjir Kelantan: Pasir Mas, Tumpat catat mangsa paling tinggi

Banjir Kelantan: Pasir Mas, Tumpat catat mangsa paling tinggi

KOTA BHARU: Bilangan mangsa banjir di Kelantan berkurangan sedikit kepada 13,732 orang ditempatkan di 60 pusat pemindahan sementara (PPS), setakat jam 8.30 pagi.

Daripada jumlah itu, 5,408 keluarga terbabit ditempatkan di PPS di enam daerah iaitu Kota Bharu, Pasir Puteh, Tanah Merah, Pasir Mas, Tumpat dan Gua Musang.

Berdasarkan portal eBanjir Kelantan, Pasir Mas terus yang mencatat mangsa banjir paling tinggi, namun menunjukkan pengurangan sedikit kepada 9,236 mangsa daripada 3,909 keluarga dipindah di 36 PPS berbanding 9,414 orang, malam tadi.

Bagaimanapun, Tumpat menyaksikan peningkatan kepada 3,302 mangsa banjir membabitkan 1,152 keluarga ditempatkan di lapan PPS berbanding 3,251 orang malam tadi.

Pasir Puteh pula mencatatkan 814 mangsa daripada 242 keluarga yang ditempatkan di lapan pusat pemindahan, manakala Tanah Merah seramai 104 orang daripada 29 keluarga di tiga PPS.

Selain itu, Kota Bharu tidak mengalami perubahan dengan rekod 185 mangsa banjir daripada 54 keluarga ditempatkan di tiga PPS, sejak petang semalam.

Gua Musang pula mencatat seramai 91 mangsa banjir daripada 22 keluarga ditempatkan di dua PPS.

Sementara itu, paras Sungai Galas di Limau Kasturi kembali menunjukkan pengurangan kepada 59.48 meter berbanding malam tadi 60.81 meter, namun masih berada paras bahaya yang ditetapkan 59 meter.

Dua Sungai Golok di Rantau Panjang dan Kuala Jambu masih di paras bahaya yang masing-masing di paras 10.34 meter dan 3.55 meter.

Sungai Galas di Dabong pula yang mencecah paras amaran malam tadi kembali kepada paras berjaga-jaga menjadikan kesemua empat paras sama, termasuk Sungai Kelantan di Kuala Krai dan di Kusial serta Sungai Golok di Jenob.



sumber: bharian

0 comments:

Post a Comment