Marang terus catat peningkatan mangsa banjir

Saturday, December 2, 2017

Marang terus catat peningkatan mangsa banjir

Marang terus catat peningkatan mangsa banjir

KUALA TERENGGANU: Bilangan mangsa banjir di empat pusat pemindahan sementara (PPS) di Marang meningkat kepada 410 orang membabitkan 112 keluarga berbanding 372 pagi tadi.

Jumlah itu menjadikan angka terbaru mangsa dipindahkan akibat bencana banjir di negeri ini meningkat kepada 670 orang, membabitkan lima daerah iaitu Marang, Kuala Nerus, Kuala Terengganu, Dungun dan Setiu.

Berdasarkan maklumat Jabatan Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Terengganu, sebanyak 11 PPS dibuka di lima daerah terbabit bagi memberi perlindungan kepada 186 keluarga yang terjejas akibat kediaman mereka dinaiki air.


ANGGOTA penyelamat membawa mangsa banjir ke pusat pemindahan sementara (PPS) di Sekolah Kebangsaan Marang. - Foto Mohd Syafiq Ridzuan Ambak

Bagaimanapun, satu PPS di Besut yang menempatkan 21 orang sudah pun ditutup apabila mangsa dibenarkan pulang ke rumah masing-masing pada jam 11 pagi tadi.

Jumlah mangsa di Kuala Nerus dilaporkan meningkat apabila 105 lagi dipindahkan ke tiga PPS yang diaktifkan dan difahamkan angka itu semakin meningkatkan kerana pasukan keselamatan masih lagi berusaha memindahkan beberapa lagi mangsa di daerah terbabit.

Kuala Terengganu dan Dungun menyaksikan masing-masing membuka satu PPS bagi menempatkan 90 mangsa daripada 26 keluarga manakala dua PPS masih beroperasi di Setiu membabitkan 65 orang.


SEBAHAGIAN mangsa banjir dari Kampung Gelugur Rusila mendaftar di pusat pemindahan sementara (PPS) di Sekolah Kebangsaan Marang. - Foto Mohd Syafiq Ridzuan Ambak


sumber: bharian

0 comments:

Post a Comment